Kata |
Takrif |
Sumber |
laksana | sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laksana isteri (perempuan) | tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laksana | 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri (perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~ tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat (tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat semburmenyembur cahayanya; melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga; pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; pelaksana orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laksana | pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). | Kamus Pelajar |
laksana | pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. | Kamus Pelajar |
laksana | terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. | Kamus Pelajar |
laksana | 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. | Kamus Pelajar |
laksana | 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. | Kamus Pelajar |
laksana | melaksanakan | Kamus Pelajar |
laksana | sebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
feasible | adj 1. practicable, boleh laksana: a ~ plan, rancangan boleh laksana; 2. serviceable, suitable, sesuai: the most ~ sources of energy, sumber tenaga yg paling sesuai; 3. plausible, munasabah, boleh diterima: a ~ excuse, alasan yg munasabah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gilded | a bird in a ~ cage, laksana burung dlm sangkar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ethereal | adj 1. of unearthly delicacy, [various translations]: the music has a strange ~ quality, lagu itu mempunyai kemerduan yg aneh yg berupa syurgawi; her ~ beauty, kecantikannya yg laksana bidadari; 2. (poet.) of the upper air above the clouds, awang-gemawang: the ~ blue sky, langit biru yg awang-gemawang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
execute | laksana | lakukan | lakukan | Teknologi Maklumat |
pain management | tata laksana nyeri | pengendalian sakit | pengendalian sakit | Perubatan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
execute | laksana; bunuh; jalankan | Pendidikan | Tiada | 1. Laksana: Tindakan menjalankan suatu atur cara atau suruhan yang telah ditetapkan dalam atur cara komputer. |
execute | laksana; bunuh; jalankan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Laksana: Tindakan menjalankan suatu atur cara atau suruhan yang telah ditetapkan dalam atur cara komputer. |
execute | laksana; bunuh; jalankan | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Laksana: Tindakan menjalankan suatu atur cara atau suruhan yang telah ditetapkan dalam atur cara komputer. |
out of the money option | opsyen tanpa wang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen yang sama ada mempunyai harga laksana lebih tinggi daripada harga pasaran aset dalam kontrak opsyen beli atau harga laksana kurang daripada harga opsyen jual. |
implement | laksana; alat | Matematik | Tiada | Tiada |
implement | laksana; alat | Pertanian | Tiada | Tiada |
implement | laksana; alat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
execute | laksana; bunuh; jalankan | Komputer | Tiada | Tiada |
execute | laksana | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
execute state | keadaan laksana | Komputer | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
bunga | Bhg. tumbuhan utk. pembiakan. ~ dihan bunga durian ~ late bunga rambutan. | bibunga | Berbunga | Meng bunga dedap | orang yang tampan tetapi tidak mengenang budi | Laksana bunga dedap | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
laksa | laksana [laksana] | Melanau Dalat | |
laksana | ji [ji] | Melanau Dalat | |
laksana | laksanak. | kedayan | |
geman | laksana | TETAW | |
sepernak II | laksana; | Melanau Mukah | |
tan I | macam; 1 bkn cara atau kaedah: ~ itou, gitou ~ macam ini; ~ iyen macam itu, seperti itu, begitu; 2 laksana, seperti, umpama: ~ payau masuok kapuong macam rusa masuk kampung; idak ~ gaya macam-macam kerenah. | Melanau Mukah | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. jenis capaian (Ig. access type; Br. jenis capaian; Id. tipe akses) Jenis hak capaian kepada suatu peranti, atur cara atau fail. Contohnya, baca, tulis, laksana, sambung, ubah, jalan, padam atau buat. jerat dan jejak (Ig. trap and trace; Br. jebak dan kesan Id. jebak dan lacak) Peranti yang menganalisis isyarat elektronik atau isyarat lain dan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
laksana | [la/.sa.na] | لقسان |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
feasible | boleh laksana | EKO |
fill or kill | laksana atau batal | PLBR |
exercise notice | notis laksana | PLBR |
exercise limit | had laksana | PLBR |
feasible solution | penyelesaian boleh laksana | EKO, NIAGA |
feasible region | kawasan boleh laksana | EKO, NIAGA |
feasible programme | program boleh laksana | EKO, NIAGA |
feasible direction | arah boleh laksana | EKO, NIAGA |
concerted economy | ekonomi rancang laksana | EKO |
primal feasible solution | penyelesaian boleh laksana primal | NIAGA |
|
Puisi |
---|
|
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 21 A barking dog never bites Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab Ali Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|