Kata |
Takrif |
Sumber |
kreativiti | (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkreativiti | melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekreatifan | kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkaryaan | penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mereplikakan | membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahiri | melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyentralisasikan | menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinamisme | sifat dinamik: kami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kpd majalah ini dan memancarkan ~ baru yg terdapat padanya; makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dlm bahasa pengiklanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahakarya | karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelangsungan | perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
creativeness, creativity | n daya /cipta, kreatif/, kreativiti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
plagiarism | ciplakan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bukan daripada kreativiti sendiri tetapi diambil daripada penyair lain. |
patchwork | tampal cantum | Kesenian | Hiasan Dalaman | Karya seni yang dihasilkan dengan menampal atau menjahit cebisan bahan, seperti kain dan kertas pada sesuatu permukaan. Tampal cantum akan dinilai berdasarkan kehalusan kreativiti kerja dan bahan yang digunakan. Contohnya, tampalan pada cadar atau sebarang objek yang dijadikan hiasan dinding. |
epic fiction | fiksyen epik | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang dicipta tanpa hubung kait dengan unsur mitos, legenda, kepercayaan atau sejarah silam sesuatu masyarakat. Fiksyen epik wujud pada zaman moden dan dihasilkan oleh pengarang moden. Pembentukan watak dan plot cerita merupakan hasil kreativiti pengarang yang memperoleh ilham daripada pengalaman sejarah yang sebenar. Salah satu karya fiksyen epik yang penting ialah War and Peace (1963 1869) karya Leo Tolstoy. Karya ini menceritakan kisah peperangan antara Rusia dengan Perancis. |
renaissance | nahdah | Kesusasteraan | Tiada | Zaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai Zaman Pencerahan. |
juvenilia | karya juvenil | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul Upon the Death of Lord Hasting (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul Merungkai Deduksi (1996) dan Dilema (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993). |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kreativiti | kreativiti [krativiti] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kreativiti | [kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي |
|
|