Kata |
Takrif |
Sumber |
konflik | perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detente | (détente) (Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neurosis | (néurosis) (Psi) gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendasari | menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonflik | berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelesai | orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fragmen | (fragmén) bahagian drpd sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dll), petikan, penggalan: ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ drpd sesuatu peristiwa dan konflik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendus | 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endus | Jk; mengendus 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi; terendus ki tercium, diketahui: Yusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yg dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsensus | (konsénsus) persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan: namun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yg lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; pihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yg disediakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
conflict | n 1. fighting, battle, pertempuran: armed ~, pertempuran bersenjata; 2. struggle, controversy, konflik, pertikaian, persengketaan: the ~ between the superpowers, pertikaian antara kuasa-kuasa besar; the ~ between the church and the state, persengketaan antara pihak gereja dgn pihak kerajaan; 3. opposition, difference, konflik, percanggahan, pertentangan: a ~ of ideas, percanggahan idea; a ~ of interests, konflik kepentingan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interpersonal | adj antara perorangan: ~ conflict, konflik antara perorangan; ~ relations, hubungan antara perorangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frightening | adj menakutkan: the ugly face of racial conflict has become a ~ spectre, wajah hodoh konflik perkauman telah menjadi momok yg menakutkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grow | ~ out of, a. result from, arise, /berpunca, bermula/ drpd: the conflict grew out of a misunderstanding, konflik itu berpunca drpd salah faham; b. become too big for, tdk boleh lagi memakai: she has ~n out of all her old clothes, dia sudah tdk boleh lagi memakai semua pakaian lamanya; c. discard as one becomes older, meninggalkan: thank goodness he has ~n out of throwing tantrums, syukurlah dia telah meninggalkan tabiatnya yg suka memberang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
evil | n 1. force that brings about wickedness and harm, (kuasa) jahat: the conflict between good and ~, konflik antara kuasa baik dan kuasa jahat; 2. wickedness, kejahatan: money is the root of all ~, wang ialah punca segala kejahatan; 3. st very unpleasant, harmful, kecelakaan: he spoke out strongly against the ~s of war, dia memperkatakan kecelakaan peperangan dgn keras; some people regard prostitution as a social ~, sesetengah orang menganggap pelacuran sbg kecelakaan sosial; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
world war | n perang dunia: the First W~, Perang Dunia Pertama; there were fears that the Gulf conflict might lead to ~, ada kebimbangan bahawa konflik Teluk mungkin mencetuskan perang dunia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seed-bed | 2. place in which st develops, tempat bertunas(nya): their house had become a ~ of conflicts, rumah mereka telah menjadi tempat bertunasnya konflik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
passionless | 2. dispassionate, /tanpa, tdk/ dipengaruhi perasaan: to take a detached, ~ approach towards the conflict, mengambil pendekatan yg tdk memihak dan tanpa dipengaruhi perasaan thdp konflik itu; he spoke in an even, ~ voice, dia bercakap dgn suara yg mendatar dan tanpa dipengaruhi perasaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
good | n 1. virtue, kebaikan: there is always some ~ in a person, lazimnya setiap orang mempunyai kebaikan; the eternal conflict between ~ and evil, konflik yg berterusan antara kebaikan dan kejahatan; 2. benefit, advantage, kebaikan: the punishment was for the childs own ~, denda tersebut adalah utk kebaikan anak itu sendiri; he worked for the ~ of his country, dia bekerja demi kebaikan negaranya; 3. use, gunanya: what ~ is furniture without a house, apa gunanya perabot tanpa rumah; 4. the ~, virtuous persons, orang baik: only the ~ die young, hanya orang baik yg mati muda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
superimpose | 2. apply features of one situation on to another situation, membandingkan: it would be unwise to ~ the pattern of the 1980 conflict on to our present problems, adalah tdk bijak membandingkan pola konflik tahun 1980 dgn masalah yg kita hadapi sekarang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
conflict | tikaian, konflik | konflik | konflik | Kesusasteraan |
conflict | perselisihan; konflik | pertelingkahan/ konflik | konflik | Sains Politik |
social conflict | konflik sosial | konflik sosial | konflik sosial | Sains Politik |
political conflict | konflik politik | konflik politik | konflik politik | Sains Politik |
racial conflict | konflik ras | konflik kaum/ konfliks ras | konflik ras | Sains Politik |
urban conflic | konflik kota | konflik bandar | konflik bandar | Sosiologi |
culture conflict | konflik budaya | konflik budaya | konflik budaya | Antropologi |
cultural conflict | konflik budaya | konflik budaya | konflik budaya | Antropologi |
role conflict | konflik peranan | konflik peranan | konflik peranan | Sosiologi |
homonimic conflict | konflik homonimis | konflik homonimis | konflik homonim | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
international armed conflict | konflik bersenjata antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konflik yang berlaku apabila dua atau lebih negara menggunakan kekuatan senjata terhadap satu sama lain. Faktor penyebab atau kekuatan penggunaan senjata tidak penting bagi menentukan konflik ini berlaku. Pengisytiharan rasmi peperangan juga tidak diperlukan bagi memulakan konflik tersebut. Konflik ini juga merangkumi konflik bersenjata yang melibatkan perjuangan bagi mendapatkan pemerintahan sendiri menentang penjajahan, pendudukan asing atau rejim yang bersifat perkauman. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai dalam konflik ini. |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud pergaduhan atau pertembungan. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |
political conflict | konflik politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertentangan politik antara individu, kelompok atau organisasi kerana kepentingan yang berbeza. Konflik boleh meletus apabila wujud perselisihan yang tidak dapat dibendung berkembang menjadi konflik yang lebih serius. Konflik pada peringkat krisis hanya melibatkan berbalas kenyataan dan tindakan memboikot. Namun apabila keadaan ini tidak berubah, konflik boleh menjadi lebih besar dan serius kepada peperangan atau konflik terbuka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan konflik seperti perebutan sumber yang terhad, perbezaan etnik dan kelas serta faktor ideologi. Namun rata-rata kesemua asas konflik ini dapat dirumus sebagai pertentangan kepentingan. |
Arab-Israeli conflict | konflik Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti |
social conflict | konflik sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial. |
armed conflict | konflik bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persengketaan yang melibatkan penggunaan senjata, sama ada bersifat domestik atau antarabangsa. Konflik bersenjata domestik berlaku antara pihak dalam sesebuah negara atas sebab perbezaan agama, ideologi dan etnik. Konflik bersenjata antarabangsa pula berlaku antara dua atau lebih negara. Konflik bersenjata domestik boleh bertukar menjadi perang saudara sekiranya pihak-pihak yang bersenjata menguasai wilayah tertentu. Dalam keadaan ini, mereka telah menjadi pihak yang berperang dan boleh diberikan hak dan dikenakan tanggungjawab oleh undang-undang antarabangsa. |
non-international armed conflict | konflik bersenjata bukan antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konflik yang berlaku dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau antara kumpulan bersenjata yang berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II yang mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undangundang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa. |
conflict resolution | penyelesaian konflik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pendekatan, kaedah dan langkah yang diambil bagi menamatkan atau menghentikan sesuatu pertentangan, kekeliruan, perselisihan serta perbezaan pendapat dalam organisasi. Konflik timbul apabila wujud tanggapan yang menyatakan mereka adalah benar dan orang lain adalah salah dalam sesuatu situasi. Pendapat dan pandangan orang lain susah untuk diterima. Oleh itu satu langkah penyelesaian perlu diambil menerusi pelbagai pendekatan seperti perbincangan, mesyuarat bagi mendengar masalah dan pandangan orang lain, penyelesaian struktur seperti penyepaduan peranan, cara perhubungan individu dan lain-lain lagi. Cara ‘pengelakan’ merupakan pendekatan yang paling berkesan dalam menghadapi konflik. Penyelesaian konflik ini banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan tolak ansur antara pemimpin dengan kakitangan bawahan. |
conflict management | pengurusan konflik | Pengurusan | Perancangan | Suatu langkah dalam mengenal pasti pertelagahan, memahami situasi yang berkaitan dan menangani masalah tersebut secara rasional, berimbang dan berkesan. Matlamat utama pengurusan konflik adalah untuk mencapai kebaikan bagi semua pihak yang bertelagah. Pendekatan dalam pengurusan konflik yang terbaik adalah melalui komunikasi berkesan, kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran berunding yang baik. Contohnya, dalam organisasi sektor awam, saluran pengurusan konflik yang dibentuk ialah Mesyuarat Bersama Jabatan yang terdiri daripada Kesatuan Sekerja, Persatuan Kakitangan dan Pihak Pengurusan. |
dysfunctional conflict | konflik gugatan | Pengurusan | Perancangan | Pertikaian atau pertelingkahan tidak sihat yang berlaku antara kumpulan atau individu sehingga mengakibatkan kesan negatif yang boleh membawa kepada kemusnahan atau kelumpuhan organisasi. Antara punca berlakunya konflik gugatan ialah sikap ego para pekerja yang saling bersaing mencapai kepentingan peribadi sehingga membawa kepada masalah komunikasi dan menjejaskan prestasi organisasi. Kegagalan untuk mengatasi konflik gugatan boleh menjadi punca stres sehingga mengakibatkan lesu upaya (burnout) dalam kalangan pekerja. Konflik gugatan boleh berlaku apabila wujud terlalu banyak pertelingkahan dalam organisasi. Sinonim konflik musnahan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
konflik | selisih [slisih] | Melanau Dalat | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul. ranap sistem (Ig. system crash; Br. pelanggaran sistem; Id. ranap sistem) Keadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara yang menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konflik | [kon.flik] | کونفليک |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
approach-avoidance conflict | konflik pendekatan-pengelakan | NIAGA |
approach-approach conflict | konflik pendekatan-pendekatan | NIAGA |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata konflik |
|
|