Kata |
Takrif |
Sumber |
klasifikasi | hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kpd beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. mengklasifikasikan membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
klasifikasi | hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kpd beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. mengklasifikasikan membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. | Kamus Pelajar |
kategori | 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah pengguna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah); mengkategorikan memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengistilahan | hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istilah | Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
classification | n 1. arrangement according to class, klasifikasi, pengelasan; 2. class into which st is put, klasifikasi: the file was found under the wrong ~, fail itu ditemui dlm klasifikasi yg salah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud jenis dan macam. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi. |
cost classification | klasifikasi kos | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
individual classification | klasifikasi perseorangan | Sukan | Lumba Basikal | Pengelasan perseorangan dalam kedudukan piala dunia atau kejohanan dunia, mengikut penilaian UCI. |
International Classification of Disease (ICD) | Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Standard diagnostik yang memberikan huraian dan senarai lengkap mengenai pelbagai jenis penyakit, kecederaan dan keadaan kesihatan yang berkaitan untuk kegunaan epidemiologi, klinikal, penyelidikan dan pengurusan kesihatan. Standard ini memudahkan data kesihatan disimpan, dianalisis dan disemak semula untuk memantau insidens dan prevalens sesuatu penyakit serta memperoleh keputusan berasaskan bukti. |
taxon | takson | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Klasifikasi organisma yang merujuk kepada kumpulan yang memiliki ciri-ciri yang sama membentuk satu unit filogeni. |
hierarchy | hierarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Klasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel. |
International Classification for Nursing Practice (ICNP) | Pengelasan Antarabangsa Amalan Kejururawatan (ICNP) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Klasifikasi antarabangsa dalam bidang kejururawatan. ICNP merangkumi amalan kejururawatan, tindakan dan hasil kejururawatan. ICNP bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara jururawat dengan pengamal perubatan yang lain. ICNP membolehkan data kejururawatan tersedia untuk digunakan dalam sistem maklumat penjagaan kesihatan di seluruh dunia. |
tranquility principle | prinsip ketenangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Prinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang mengatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek, seperti cakera tidak akan berubah apabila dirujuk atau digunakan dalam suatu aktiviti. |
International Classification of Health Interventions (ICHI) | Pengelasan Antarabangsa Intervensi Kesihatan (ICHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang digunakan dalam klasifikasi kod prosedur intervensi kesihatan, yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sistem ini menyediakan kod prosedur yang piawai bagi pelaporan dan analisis intervensi kesihatan yang dapat diguna pakai di seluruh dunia. |
viscosity rating | pengkadaran kelikatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penunjuk kelikatan bagi minyak pelincir. Piawaian yang biasa digunakan adalah berdasarkan sistem klasifikasi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE), Amerika Syarikat untuk kegunaan musim panas dan musim sejuk. Contoh gred musim sejuk ialah SAE5W, SAE10W dan SAE20W. Manakala gred musim panas ditandakan sebagai SAE20, SAE30, SAE40 dan SAE50. Kebanyakan minyak pelincir biasa mempunyai dua gred contohnya SAE10W-50. Di samping piawaian ini, terdapat beberapa piawaian lain yang digunakan seperti ISO yang menggredkan minyak mengikut gred tertentu. Contohnya, minyak gred ISO 32 yang mempunyai julat kelikatan 28.8 cSt hingga 35.2 cSt dengan titik tengah 32 cSt. |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd perantara penghantaran, seperti wayar telefon dan gelombang radio. prinsip ketenangan (Ig. tranquility principle; Br. prinsip trankuiliti; Id. prinsip ketenteraman) Prinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang menyatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan pintu jebak prinsip ketenangan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 104 6/6/11 4:02:02 PM 105 kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek, seperti cakera
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
klasifikasi | [kla.si.fi.ka.si] | کلاسيفيکاسي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
klasifikasi | classify | Menyusun sesuatu secara sistematik ke dalam kumpulan menurut kriteria yang ditetapkan. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata klasifikasi |
|
|