Kata |
Takrif |
Sumber |
kiamat kubra | kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiamat | 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kiamat | 1. kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2. berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada sesiapa yg tahu bila dunia ini akan ~. | Kamus Pelajar |
kiamat | Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari kiamat | hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hari kiamat | hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari kiamat | hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari kiamat | hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai kiamat | sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari kiamat | akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
doomsday | n day of the Last Judgement, hari kiamat; till ~, (colloq) sampai kiamat: you can argue from now until ~, but I still wont agree, kamu boleh berhujah sampai kiamat, tetapi saya tetap tdk setuju. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
end | /begin, start/ at the wrong ~, salah caranya dr mula; come to an ~, berakhir; (of world) kiamat: the journey was coming to an ~, perjalanan itu akan berakhir; the world will come to an ~, dunia akan kiamat; come to a bad ~, jadi buruk padahnya; /gain, win, achieve/ os ~s, mencapai /tujuan, matlamat/ sso; /get, have/ hold of the wrong ~ of the stick, salah /anggap, sangka/; go off the deep ~, naik radang: he went off the deep ~ at the slightest provocation, dia naik radang apabila diberangsang walaupun sedikit saja; in the ~, akhirnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crack | a fair ~ of the whip, /peluang, kesempatan/ utk mencuba; at the ~ of dawn,/ waktu fajar menyingsing; ~ of doom, a. thunder-peal of day of judgement, tiupan sangkakala hari kiamat; b. end of the world, hari kiamat; give so. a ~ at st., memberi sso peluang untuk mencuba; have a ~ at, (fml) mencuba (+ approp v): hes going to have a ~ at tennis, dia akan mencuba bermain tenis; make a ~ about /so., st/, mempersendakan /sso, sst/; open (door etc) just a ~, membuka (pintu dsb) sedikit sahaja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Apocalypse | n 1. (Bible) Book of Revelation, Buku Ilham; 2. destruction and end of the world, hari kiamat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqaiq wa al-Daqaiq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
eschatology criticism | kritikan eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan kajian terakhir alam dan manusia, contohnya kematian dan kiamat. Kritikan eskatologikal juga merujuk kepada kritikan tradisional dan popular yang menganggap bahawa sesebuah novel mempunyai kesatuan, lantas plotnya berkembang ke arah pengakiran yang menyokong kesatuan tersebut. Istilah ini digunakan oleh ahli pengkritik dekonstruksi, Derrida untuk mengkritik pendekatan yang cuba mencari kesatuan, makna yang stabil, dan pengakiran yang pasti dalam sesebuah karya sastera. Dalam bahasa Yunani , eschatos bermakna akhir. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kiamat | kiamat. | kedayan | |
kiamat | nya [a]; pajih [pajih] | Melanau Dalat | |
kiamet | kiamat; 1 berakhir dunia: nda jelwaih pun taou paya dunia itou bak ~ tak seorang pun tahu bila dunia ini akan kiamat; 2 ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana, kecelakaan: ~lah neh amun resia tua itou kenataou a kiamatlah nanti kalau rahsia kita i | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kiamat | [qia.mat] | قيامة |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat; |
|
Puisi |
---|
|
Sipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.
Lihat selanjutnya... |
|