Kata |
Takrif |
Sumber |
keterlibatan | hal terlibat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keterlibatan | perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iltizam | Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagasan | buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagas | ; menggagas memikirkan sesuatu; gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
libat II | ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
libat | ; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
embroilment | n keterlibatan: to avoid ~ in the quarrel, mengelakkan keterlibatan dlm pergaduhan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
entanglement | nsituation that entangles, keterlibatan, terlibat: he avoided emotional ~s until he had graduated, dia mengelak drpd terlibat secara emosi sehinggalah dia tamat universiti; ~s with the law, keterlibatan dgn pihak polis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
complicity | n keterlibatan, persubahatan: his ~ in the crime, keterlibatannya dlm jenayah itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
engagement | keterlibatan | keterlibatan | keterlibatan | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
entanglement | keterlibatan | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum. |
engagement | keterlibatan | Kesusasteraan | Tiada | Komitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif. |
community engagement | keterlibatan komuniti | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
engagement session | sesi keterlibatan | Pengurusan | Tiada | Tiada |
student engaged time | masa keterlibatan pelajar | Pendidikan | Tiada | Masa pelajar melakukan atau mencuba tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru. |
political socialization | pemasyarakatan politik | Sejarah | Tiada | Fenomena dalam politik dalam memperlihatkan keterlibatan seluruh anggota masyarakat dalam politik negara. |
curriculum planning | perancangan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar. |
exclusivity | ketakterangkuman | Umum | Tiada | Dasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar. |
quantum sensor | sensor kuantum | STEM | Tiada | Sensor yang menggunakan prinsip mekanik kuantum, iaitu superposisi dan keterlibatan untuk mengesan dan mengukur fenomena atau kuantiti fizikal dengan ketepatan dan sensitiviti yang tinggi. Contoh penggunaan sensor kuantum adalah dalam bidang meteorologi, pengimejan dan pemprosesan maklumat kuantum. |
activism | aktivisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
gambang I Ky, MBr | sejenis tarian yang diiringi oleh alat muzik seperti xilofon. | Dahulu para penari yang terlibat untuk menarikan Tarian Gambang ini ialah terdiri dari kaum wanita sahaja dan kaum lelaki hanya sebagai penonton, tetapi sekarang ini, untuk lebih menyerikan dan dianggap sebagai tarian pergaulan keterlibatan kaum lelaki amat dikehendaki. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
keterlibatan | [ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Huraian |
community engagement | keterlibatan komuniti | ESG | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | ESG | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterlibatan |
|
|