Kata |
Takrif |
Sumber |
kerenah | /kerénah/ ragam; tingkah; kemahuan: Dia naik darah melihat ~ adiknya itu. ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenah | (kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerenah | /kerénah/ ragam; tingkah; kemahuan: Dia naik darah melihat ~ adiknya itu. | Kamus Pelajar |
kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurenah | (kurénah) Mn perangai; ®kerenah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak pernik | bp banyak ragam (kerenah), banyak selok-beloknya, tidak mudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pernik | ; banyak ~ bp banyak ragam (kerenah), banyak selok-beloknya, tidak mudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korenah | (korénah) Mn kelakuan, perangai; ®kerenah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membirokrasikan | 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cantankerous | adj perengus dan banyak kerenah: a ~ old man, lelaki tua yg perengus dan banyak kerenah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
humour | vt [various translations]: children should not be ~ed unduly, kanak-kanak tdk harus dilayan kerenah mereka dgn berlebih-lebihan; well go, just to ~ him, kita pergi hanya utk menyedapkan hatinya; Ill buy a bouquet of flowers to ~ her, saya akan membeli sejambak bunga utk memujuknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cross-grained | adj 1. (of wood) berira lintang; 2. (of person) keras kepala dan banyak kerenah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impossible | do the ~, membuat perkara /yg mustahil, tdk mungkin dapat dilakukan/; 2. absurd, tdk munasabah: he gave an ~ excuse for being late, dia memberi alasan yg tdk munasabah kenapa dia lambat; 3. (colloq) that cannot be endured, outrageous, [various translations]: he is an ~_ person, dia banyak kerenah; to put so. in an ~ position, menyebabkan sso serba salah; what an ~ hat!, teruk betul topi itu!. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
awkward | 5. embarrassed, serba salah; (attrib) dlm keadaan serba salah: she felt ~ about asking him for the loan, dia berasa serba salah utk meminjam wang daripadanya; an ~ silence followed his outburst, mereka terdiam dlm keadaan serba salah setelah dia menghamburkan kata-kata itu; 6. requiring tact, delicate, sulit: an ~ diplomatic situation, keadaan diplomatik yg sulit; ~ customer, a. so. who is difficult to deal with, (orang yg) banyak kerenah; b. animal that is dangerous to deal with, binatang yg berbahaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
heroine | wirawati | Kesusasteraan | Tiada | Watak perempuan utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai, serta tujuan terpuji. Wirawati terlibat secara langsung dalam aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau penjahat. Watak utamanya ialah perempuan yang menjadi tumpuan atau perhatian khalayak. Watak ini menampilkan nilai moral yang tinggi berbanding dengan watak lain, dan sering dikaitkan dengan unsur mitos, dan epik. Wirawati dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama yang neutral sifatnya. Lihat juga antagonis, wira. |
hero | wira | Kesusasteraan | Tiada | Watak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud pelindung. Lihat juga antagonis, wirawati. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kerenah | perangai [praay] | Melanau Dalat | |
ulah | kerenah | TETAW | |
ganya I | kerenah; | Melanau Mukah | |
tan I | macam; 1 bkn cara atau kaedah: ~ itou, gitou ~ macam ini; ~ iyen macam itu, seperti itu, begitu; 2 laksana, seperti, umpama: ~ payau masuok kapuong macam rusa masuk kampung; idak ~ gaya macam-macam kerenah. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kerenah | [ke.ré.nah] | کرينه |
kurenah (kerenah) | [ku.ré.nah] | کورينه |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerenah |
|
|