Kata |
Takrif |
Sumber |
keluan | tali yg dicucukkan pd hidung kerbau atau lembu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluan | Mn tali yg dicucukkan pd hidung kerbau (lembu); bagai jawi ditarik ~ prb menurut sahaja semuanya; menjilat ~ bagai kerbau prb sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan); putus tali putus ~, putus ~ rampung hidung prb perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan); mengeluani memasang keluan (pd hidung kerbau, lembu dsb): rasa tak mengapa hidung dikeluani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjilat keluan | ki keadaan orang yg kecewa kerana sesuatu yg sangat diharapkannya telah diambil orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelawan | ®keluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeluani | memasang keluan (pd hidung kerbau, lembu dsb): rasa tak mengapa hidung dikeluani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuk hidung | tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuk I | 1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rangkaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pengacum, batu api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijuk | sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jilat | ; menjilat 1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. ~ keluan ki keadaan orang yg kecewa kerana sesuatu yg sangat diharapkannya telah diambil orang. penjilat ki orang yg menjilat; tukang ampu (angkat). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jilat | menjilat 1. menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan:Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2. mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3. ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. ~ keluan ki keadaan orang yg kecewa kerana sesuatu yg sangat diharapkannya telah diambil orang. penjilat ki orang yg menjilat; tukang ampu (angkat). | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
uvit | keluan | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
keluan | [ke.luan] | کلوان |
kelawan (keluan) | [ke.la.wan] | کلاون |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keluan |
|
|