Kata |
Takrif |
Sumber |
kebetulan | 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebetulan | 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebetulan | 1. dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka. Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2. pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. | Kamus Pelajar |
berketepatan | kebetulan pula, berkebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berketepatan | berbetulan, kebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyampang | 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telanjuran | sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbaca | membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
chance | adj secara kebetulan, tdk semena-mena: a ~ encounter, pertemuan secara kebetulan; a ~ acquaintance, kenalan secara kebetulan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
coincidence | n 1. chance occurrence, kebetulan: it was just ~ that he was there, kebetulan dia ada di situ; by (sheer, a curious) ~, secara kebetulan; what a ~, tak sangka; 2. (fml) condition, fact of being the same, persamaan, sama: the ~ of the two measurements, persamaan kedua-dua ukuran itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chance | vi kebetulan: it ~d that I was in when he arrived, kebetulan saya berada di rumah semasa dia tiba; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
coincidental | adj being a coincidence, kebetulan: our meeting was purely ~, pertemuan kami adalah kebetulan semata-mata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
casual | adj 1. accidental, secara kebetulan: a ~ meeting, pertemuan secara kebetulan; 2. without specific purpose, biasa: a ~ conversation, perbualan biasa; 3. indifferent, nonchalant, bersahaja: a ~ glance, pandangan yg bersahaja; a ~ manner, gaya yg bersahaja; 4. informal, kasual, bersahaja: ~ wear, pakaian kasual; 5. unmethodical, careless, sambil /lewa, lalu/; (of person), (bersikap) sambil lewa: ~ inspection, pemeriksaan sambil lewa; 6. not permanent, sambilan: ~ labourers, buruh-buruh sambilan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fortuitous | adj (fml) , (secara) kebetulan: his presence at the time was purely ~, kehadirannya pd masa itu hanya secara kebetulan sahaja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
adventitious | adj (fml) 1. accidental, approp v + secara kebetulan: ~ causes, sebab-sebab yg timbul secara kebetulan; 2. ( biol ) adventitius: ~ root, akar adventitius; ~ tissue, tisu adventitius. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incidentally | adv 1. by chance, secara kebetulan: the subject was ~ mentioned during the conversation, perkara itu disentuh secara kebetulan semasa perbualan tersebut; 2. by the way, oh ya: ~, dont forget to bring the book, oh ya, jangan lupa bawa buku itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fluke2 | n (colloq) accidental stroke of luck, secara kebetulan: she got her first opportunity by a ~, dia mendapat peluang pertama secara kebetulan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chance | ~s are, besar kemungkinan: ~s are he would have left by now, besar kemungkinan dia telah bertolak sekarang ini; by ~, secara kebetulan: we met quite by ~, kami bertemu secara kebetulan; by /any, some/ ~, agak-agaknya: do you by any ~ know his address?, agak-agaknya tahukah kamu akan alamatnya?; game of ~,<.b> permainan mencuba nasib; have a ~, a. have the opportunity, berpeluang, berkesempatan: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
planned happenstance | kebetulan terancang | Psikologi | Tiada | Sudut pandangan seseorang untuk mencipta peristiwa yang mempunyai peluang tersebut tetapi bertukar menjadi peluang sebenar. |
genetic drift | hanyutan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka. |
probable maximum loss | kerugian maksimum mungkin | insurans | Tiada | Jumlah kerugian maksimum yang dianggarkan akan berlaku bagi sesuatu peristiwa yang dianggap di dalam lingkungan kebarangkalian. Ia tidak mengambil kira peristiwa kebetulan yang munasabah tetapi tidak mungkin berlaku. |
adverse events following immunization (AEFI) | kesan mudarat susulan imunisasi/ pengimunan (AEFI) | Perubatan | Tiada | Sebarang tanda, simptom, penyakit atau keputusan ujian makmal yang tidak normal setelah imunisasi/pengimunan. Bukan semua AEFI yang dilaporkan disebabkan oleh vaksin atau imunisasi/pengimunan. Sesetengah AEFI berlaku secara kebetulan dan tidak berkait dengan penggunaan vaksin. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, ...maka dengan sekonyong-konyongnya.... Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tuhan jentera. Lihat juga melodrama, plot. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
betul | kebetulan kabatulan. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
rorou Tb | Ikan kap rumput; Ctenopharyngodon idellus. | Malam itu mereka sekeluarga hanya berlaukkan ikan rorou yang dibeli oleh Mak Ining di tamu Kebatasan pagi tadi. Kebetulan pada pagi tadi ada tamu di Kabatasan. Senanglah mendapat ikan. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb bersungguh-sungguh. บังเหียน [bahian] น tali kekang บังอาจ [baa:t] ก berani: เขาบังอาจปล ้ น อดีตผู ้ บังคับการตำรวจจังหวัด Dia berani me rompak bekas ketua polis wilayah. บังเอิญ [ba:n] ว kebetulan: เขาพบ เพื่ อนเก ่ าของเขาโดยบังเอิญ Dia berjumpa dengan kawan lamanya secara kebe tulan. บัญชา [banca:] น arahan: ทหารพร ้ อมที่ จะรับบัญชาจากผู ้ นำของเขาเสมอ Pasukan tentera sentiasa bersedia menerima arahan ายขึ้ นมา Jangan tersalah cakap, nanti buruk padahnya. เผอเรอ [p:r:] ก lalai, cuai: เพราะ เขาเผอเรอสิ ่ งของของเขาจึงถูกขโมยเสมอ Oleh sebab dia lalai, barangnya selalu kena curi. เผอิญ [pa:n] ว kebetulan: เผอิญ ฉันอยู ่ ที่ นั่ นขณะที่ ท ่ านรองนายกรัฐมนตรีมาถึง Kebetulan saya berada di tempat itu sewaktu Timbalan Perdana Menteri tiba. เผา [pau] ก membakar เผ ่ า [pau] น suku
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kebetulan | [ke.be.tu.lan] | کبتولن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebetulan |
|
|