Kata |
Takrif |
Sumber |
kawi II | sl (sesuatu yg) kuat, kukuh, teguh: adat yg ~ adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawi I | ; bahasa ~ a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusasteraan, bahasa pujangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumpah besi kawi | sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa kawi | a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusasteraan, bahasa pujangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf kawi | = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa kawi | kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besi kawi | besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu kawi | mangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zaman bahari (kawi, kuno) | masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat yg kawi | adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
kawi | kawi | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud pemuisi. Lihat juga kakawin. |
kawi | kawi | Kesusasteraan | Puisi | Penyair atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim penyair. |
poet | penyair | Kesusasteraan | Puisi | Lihat kawi. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Tiada | Versi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya Kakawin Kawin. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kawi | tagep [tagp] | Melanau Dalat | |
megei | kawi | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kawi Ib | sejenis kayu keras; Triestania species1, lazimnya terdapat di tepi laut atau tebing muara sungai. | Kayu yang mereka tebang adalah dari jenis kayu kawi. Babi yang sudah beranak tiga kali dikorbankan ketika mereka hendak menebang kayu itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb เมืองขึ้น [-kn] น negeri jajahan เมืองท ่ า [-ta:] น bandar pelabuhan เมืองท ่ าปลอดภาษี [-ta:pl:tpa:si :] น bandar pelabuhan bebas cukai: ลังกาวี เป็นเมืองท ่ าปลอดภาษีของมาเลเซีย Lang- kawi merupakan bandar pelabuhan bebas cukai. เมืองหลวง [-lua] น ibu negara เมื่อย [may] ก lenguh: ขาฉันเมื่ อย เพราะเดินไกล Kaki saya lenguh kerana berjalan jauh แม ่ [mε:] น ibu, emak แม
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kawi | [ka.wi] | کاوي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kawi. |
|
|