Kata |
Takrif |
Sumber |
kasad | Ar maksud, niat, tujuan: ~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja; mengasadkan sl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desakan | 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusyuk | Ar 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~; kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desak I | ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kasad | niet [niyt] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kasad | [ka.sad]/[qa.sad] | قصد |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasad |
|
|