Kata |
Takrif |
Sumber |
jembalang | sj hantu yg kononnya dpt merupakan dirinya spt binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jembalang | sj hantu (hantu tanah) yg kadang-kadang merupakan diri spt rusa (kerbau dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jembalang | sj hantu yg kononnya dpt merupakan dirinya spt binatang. | Kamus Pelajar |
hantu jembalang | , ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantu | 1 roh yg kononnya jahat lagi menakutkan dan dipercayai terdapat di tempat-tempat tertentu: ~ air; ~ bungkus; ~ jembalang; ~ syaitan. 2 ki orang yg sangat jahat atau sangat buruk. ~ judi orang yg suka bermain judi. berhantu ada hantunya: Rumah itu ~. menghantu 1 menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2 ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. menghantui menyebabkan atau menimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yg ~ fikirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hantu | 1. roh yg kononnya jahat lagi menakutkan dan dipercayai terdapat di tempat-tempat tertentu: ~ air; ~ bungkus; ~ jembalang; ~ syaitan. 2. ki orang yg sangat jahat atau sangat buruk. ~ judi orang yg suka bermain judi. berhantu ada hantunya: Rumah itu ~. menghantu 1. menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2. ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. menghantui menyebabkan atau menimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yg ~ fikirannya. | Kamus Pelajar |
menunggui | 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu disuruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantu I | 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu I | bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah berubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mantera | mantera | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih. |
melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jembalang | pejut [pjut]; jemalang [jmala] | Melanau Dalat | |
jembalang | ~ tanah jambalang tanah. | kedayan | |
jembalang | jambalang; | kedayan | |
taw | jembalang | TETAW | |
jemaleang | ~ tanak jembalang tanah. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sakang Ib | azimat dan ubat-ubat bomoh. | Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jembalang | [jem.ba.lang] | جمبالڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata jembalang |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.
Lihat selanjutnya... |
|