Kata |
Takrif |
Sumber |
ikut-ikutan | mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut-turutan | 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut-menurut | 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut | 1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut | 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut | turut serta; bersama-sama: Saya tidak dpt ~ hadir dlm majlis itu. ~ jam bergerak mengikut pusingan jarum jam. ~ suka melakukan sesuatu sekehendak hati. ~ telunjuk tidak berani membantah. berikut 1 datang atau muncul sesudah ini; tsb di bawah ini: Nama-nama mereka yg lulus adalah spt yg ~. 2 berserta dgn; beriring dgn: ~ surat ini, saya kirim sebuah buku bacaan. berikutan ekoran drpd; akibat drpd; selepas: ~ peristiwa mogok itu, beberapa orang pekerja telah ditahan. mengikut 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. ~ jejak meniru perbuatan orang yg terdahulu. mengikuti 1 mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2 turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3 memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat: Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. ikutan sesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda. pengikut 1 orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2 orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut: ~ agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikut | turut serta; bersama-sama: Saya tidak dpt ~ hadir dlm majlis itu. ~ jam bergerak mengikut pusingan jarum jam. ~ serta turut sama. ~ suka melakukan sesuatu sekehendak hati. ~ telunjuk tidak berani membantah. berikut 1. datang atau muncul sesudah ini; tsb di bawah ini: Nama-nama mereka yg lulus adalah spt yg ~. 2. berserta dgn; beriring dgn: ~ surat ini, saya kirim sebuah buku bacaan. berikutan ekoran drpd; akibat drpd; selepas: ~ peristiwa mogok itu, beberapa orang pekerja telah ditahan. mengikut 1. pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2. turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3. menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4. berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5. menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. ~ jejak meniru perbuatan orang yg terdahulu. mengikuti 1. mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam;memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2. turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3. memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat:Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. ikutan sesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda. pengikut 1. orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2. orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut:~ agama Islam. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
vogue | n ikut-ikutan (ramai): the new ~ for costume jewellery, ikut-ikutan yg baru thdp barang kemas kostum; at that time rattan furniture became the ~, pd waktu itu, perabot rotan menjadi ikut-ikutan ramai; /be in, come into/ ~, menjadi ikut-ikutan (ramai); head scarves are back in ~, tudung kepala kembali menjadi ikut-ikutan ramai; /go out of, be not in/ ~, tdk lagi menjadi ikut-ikutan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vogue-word | n kata ikut-ikutan: super has become a ~, perkataan super telah menjadi kata ikut-ikutan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
faddish | adj 1. (of person) suka /meniru-niru, mengikut-ikut/: ~ teenagers, muda-mudi belasan tahun yg suka meniru-niru; 2. (of things) menjadi /tiru-tiruan, ikut-ikutan, fad/: the ~ collection of autographs among schoolchildren,pengumpulan autograf yg menjadi tiru-tiruan di kalangan murid-murid sekolah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
delinquent drift | ikut-ikutan kenakalan | ikut-ikutan delinkuen | ikut-ikutan delinkuen | Sosiologi |
Kamus Sains.indb menjadi vektor bagi objek yang membuat gerakan putaran. Antara kuantiti itu ialah sesaran sudut, halaju sudut dan pecutan sudut yang arahnya selari atau berlawanan dengan paksi putaran yang ditentukan meng- ikut petua tangan kanan. (FIZ) axisymmetric flow (aliran simetri sepaksi) Aliran yang garis alirnya terletak di satah meridian yang melalui suatu garis lurus (paksi). (HID) axon shuffling (campur aduk akson) Pembentukan BIO) entomophage (entomofaj) Tabiat memakan serangga. Sinonim insectivore. (BIO) entomophyte (entomofit) Organisma termasuk kulat yang hidup pada serangga. (BIO) entospore (entospora) Spora yang terhasil secara endogen. (BIO) entrained fluid (bendalir ikutan) Bendalir dalam bentuk kabus, kabut atau titisan yang dibawa keluar dari suatu turus atau bekas oleh gas yang naik atau strim wap. (FIZ) environmental factor (faktor persekitaran) Lihat ecological factor
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ikut-ikutan | [i.kut.i.ku.tan] | ايکوت - ايکوتن |
|
Tesaurus |
---|
| ikut | | Kata Terbitan : ikut-ikut, ikut-ikutan, berikut, berikut-ikut, berikutan, mengikut, mengikut-ikut, mengikuti, terikut-ikut, pengikut, |
|
|