Kata |
Takrif |
Sumber |
kemegahan | sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlebih-lebihan | 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembacaan | 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyorotan | perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyalin | 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaya | 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikayat Perbu jaya | hikayat kemenangan Perbu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikayat | 1 cerita lama: ~ Merung Maha Wangsa. 2 sejarah; riwayat: ~ Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hikayat | 1. cerita lama: ~ Merung Maha Wangsa. 2. sejarah; riwayat:~ Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar |
megah | 1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
Arabian Nights | n ; the ~, Hikayat Seribu Satu Malam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
depict | vt menggambarkan, melukiskan: scenes from the Ramayana were ~ed on the walls of the temple, peristiwa-peristiwa dlm hikayat Ramayana digambarkan pd dinding-dinding kuil itu; the plight of the refugees as ~ed in his writings, nasib pelarian spt yg digambarkan di dlm tulisan-tulisannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hikayat | hikayat | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud cerita-cerita sejarah, atau haka bermaksud menceritakan, mewartakan dan memberitahu. Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman. |
frame story | cerita berbingkai | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengandungi satu atau beberapa cerita lain di dalamnya. contoh cerita berbingkai yang lain ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat 1001 Malam, Hikayat Kalilah dan Dimnah. |
cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
animal epic | epik binatang | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga fabel binatang. |
frame story | cerita berbingkai | Kesusasteraan | Tiada | Cerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman. |
ornament | hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Gaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai hiasan keupacaraan yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan. |
epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni. |
cerita ibarat | cerita ibarat | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang mempunyai nilai moral, bersifat didaktik dan bertujuan memberi pengajaran. Misalnya Hikayat Bayan Budiman. |
wira | wira | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku Ielaki yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera klasik dan memiliki kesaktian. Contoh watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
hikayat | hikayat, iwayat. | kedayan | |
seritak adaran | hikayat | TETAW | |
Kamus Parsi.indb مح )ḥammām raftan( نتفر ما ّ مح )ḥamd( دمح )ḥavās( ساوح )ḥavāle-ye posti( یتسپ ء هلاوح )ḥowz̤( ضوح )ḥowle( هلوح )ḥayāṭ ( طايح )ḥeyvān( ناويح kenyataan, fakta, hakikat kisah, riwayat, hikayat kearifan pemerintah perintah, memerintah menurut hukum, halal kerongkong segulung porter mandi kata-kata pujian kewarasan, kesedaran wang pos besen, kolam tuala mandi halaman binatang, haiwan fact story, tale wisdom government
|
Kamus Thai 2.indb membawa senjata semasa menaiki kapal terbang. พง [po] น semak: ลูกไก ่ วิ่ งเข ้ าพงหญ ้ า Anak ayam lari ke dalam semak rumput. พงศาวดาร [posa:wada:n] น hikayat พจนานุกรม [potcana:nukrom] น kamus พญา [paya:] น raja พดด ้ วง [potdua] น sejenis duit Siam lama, potduang พธู [patu:] ดู ผู ้ หญิง พ ่ น [pon] ก
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hikayat | [hi.ka.yat] | حکايت |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kisah , riwayat , hikayat | story , tale | حکايت | ḥekāyat |
|
Tesaurus |
---|
| hikayat | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :riwayat |
|
Puisi |
---|
|
Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan.
Lihat selanjutnya... |
|