Kata |
Takrif |
Sumber |
fi | (fai) huruf ke-21 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fi | (Udg) bayaran yg dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, spt khidmat guaman, perancangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hi-fi | (haifai) set peralatan elektronik (amplifier, penyama, alat pemain dsb) yg boleh memainkan kaset, cakera padat dsb, dan menghasilkan bunyi stereo yg bermutu tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stereo hi-fi | sistem audio dua saluran dgn bunyi yg tinggi mutunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdebat-debatan | bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdebat | , berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | (Psi) 1. yg berkaitan dgn jiwa atau fikiran manusia; 2. berkaitan dgn atau mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa, mis telepati; 3. orang yg mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa: benarkah dia seorang ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stereo | (stéréo) sistem, peralatan, dsb yg digunakan utk menghasilkan bunyi stereofonik; ~ hi-fi sistem audio dua saluran dgn bunyi yg tinggi mutunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herbarium | 1. koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yg dikeringkan yg disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik; 2. tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debat | (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |