Kata |
Takrif |
Sumber |
gurindam | sajak dua baris yg berisi nasihat atau pengajaran. bergurindam membaca atau menyebut gurindam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gurindam | sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); bergurindam melafazkan gurindam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gurindam | sajak dua baris yg berisi nasihat atau pengajaran. bergurindam membaca atau menyebut gurindam. | Kamus Pelajar |
bergurindam | melafazkan gurindam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergurindam | membaca atau menyebut gurindam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergurindam | membaca atau menyebut gurindam. | Kamus Pelajar |
berseloka | mengarang atau membawakan seloka: sambil itu ia bersyair, berbait, ber-gurindam dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rima I | bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paraleli | yg mengenai paralelisme: kerana adanya sajak ini ~ dlm bentuk nampak lebih jelas, mis pd bentuk gurindam dan pantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seloka | sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); berseloka mengarang atau membawakan seloka: sambil itu ia bersyair, berbait, ber-gurindam dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam Gurindam Dulu dan Kini karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah. |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Puisi | Puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris dalam satu bait, dengan rima akhir yang sama. Baris pertama berupa syarat dan baris kedua berupa jawapan. Isinya memberikan nasihat. Contohnya, petikan 'Gurindam Dua Belas' karya Raja Ali Haji. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. |
category | kategori | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan sesuatu bentuk puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, ruba'i dan sajak. |
biduan | biduan | Kesusasteraan | Puisi | Penyanyi yang menyanyikan sama ada pantun, syair mahupun gurindam dalam sastera tradisional. Peranannya untuk menghiburkan tetamu dalam sesuatu adat istiadat. |
chain rhyme | rima berkait | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkait pola rimanya, contohnya dalam gurindam a a atau syair a a a a. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. |
anabasis | anabasis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ... |
bard | bujangga | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau. |
couplet | rangkap dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Dua baris yang membentuk sebuah rangkap puisi yang sama rima akhimya. Rangkap dwibaris ini mengandungi pemikiran pengarangnya. Contohnya, "Gurindam Dua Belas" karya Raja Ali Haji. Sinonim kuplet. Barang siapa tiada memegang agama. sekali-kali tiada boleh diksilangkan nama. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
leonine rhyme | sajak absara | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang rimanya terdapat atau terletak antara dua perkataan ataupun lebih dalam sesuatu baris. Ini dapat dilihat pada gurindam dua baris di bawah. Jangan mengata jangan mengeji Jangan aniaya bengis dan benci. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gurindam | [gu.rin.dam] | ݢوريندم |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurindam |
|
|