Kata |
Takrif |
Sumber |
daya ghaib | kuasa ghaib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daya ghaib | kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya | 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ghaib | 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daya | 1. tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2. akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ upaya tenaga; ikhtiar. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya, = ~ upaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1. memberi daya (kekuatan) kpd. 2. mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3. mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ bintang-bintang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terpedaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar |
hikmat | 1. kepandaian, bijaksana: banyak sungguh kepandaian dan ~ orang putih ini; 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian: mereka mencari ~ pula utk menawan hati tunangannya; ahli ~ = juru~ orang yg pandai ilmu ghaib; ~ perang kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu: tiap-tiap kewajiban yg ditetapkan oleh Allah dlm Islam itu mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia; berhikmat mempunyai hikmat, bertuah: keris Hang Tuah yg bernama Tamingsari itu dipercayai ~; menghikmat, menghikmatkan mengenakan hikmat (mantera, sihir, dll) kpd: Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dpt dilihat; tersembunyi:Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2. tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3. tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib:Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. | Kamus Pelajar |
mantera | kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dematerialize, dematerialise | vi ghaib; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ghost-writer | n penulis /siluman, ghaib/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ghost | vi menjadi penulis /siluman, ghaib/: he is ~ing for a politician, dia menjadi penulis siluman utk seorang ahli politik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ghosted | adj ditulis oleh penulis /siluman, ghaib/: a ~ memoir, kenangan hidup yg ditulis oleh penulis siluman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ghost | vt menulis [sst] secara /siluman, ghaib/: he ~ed several books on travel, dia menulis beberapa buah buku ttg pengembaraan secara siluman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beyond | n; the ~, a. the unknown, alam ghaib; b. the hereafter, alam baqa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
credit | ~ st to, a. see vt (sense 2.); b. attribute to, i. (of a quality) menganggap [sst] terdapat pd: magical powers were ~ed to the idols, kuasa ghaib dianggap terdapat pd patung-patung itu; ii. (of an action, deed) menganggap [sst] dilakukan oleh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep-seated | adj 1. (of disease, illness) sudah berakar umbi; 2. (of emotion, faith, tradition, etc) mendarah daging: a ~ distrust, perasaan tdk percaya yg sudah mendarah daging; a ~ belief in the occult, kepercayaan thdp ilmu ghaib yg telah mendarah daging; 3. (of cause) berakar umbi: the causes of the feud are ~, sebab-sebab permusuhan itu sudah berakar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dark fantasy | fantasi seram | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi tentang cerita hantu atau cerita tentang kuasa ghaib. Fantasi seram memanfaatkan unsur-unsur ghaib yang berlebih-lebihan berbanding dengan novel gotik. Kadangkala cerita fantasi seram memaparkan keganasan yang kerterlaluan. Contoh kesusasteraan moden ialah Dark Demon Rising oleh Tunku Halim, dan Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Lihat juga novel gotik. |
ghost tenant | penyewa ghaib | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud rumus yang berentak atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas. |
hermeticism | hermetisisme | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan muzik dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif dan hujah, dalam usaha mencapai puisi polos. Pengaruh hermetisisme dapat dikesan dalam puisi yang dihasilkan oleh penyair simbolis Perancis pada abad ke-19, iaitu Baudelaire, Mallarme, dan Valery, serta pengarang Barat yang lain, iaitu Poe, Yeats dan Ibsen. |
orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
ecstasy | keghairahan | Kesusasteraan | Tiada | Keasyikan puitis yang dipenuhi dengan khayalan. Istilah ini amat penting dalam kajian fiksyen fantasi dan ghaib. Arthur Machen dalam Hieroglyphics menyamakan keadaan keasyikan ini dengan seorang pembaca yang dirasuk oleh keasyikan puitis, dan pembaca itu mengalami emosi yang kompleks seperti ketakjuban, kekaguman, dan keinginan kepada sesuatu yang penuh rahsia dan tidak diketahui. Emosi yang dialami ini diasosiasikan dengn realiti yang lebih mendalam dan terpendam. Kesan emosi ini penting untuk menghasilkan karya bercorak fantasi. |
metaphysical poetry | puisi metafizika | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan pemikiran yang berhubung dengan fenomena di luar realiti. Pemikiran-pemikiran ghaib yang terungkap dalam puisi itu boleh. dikesan melalui akal fikiran yang rasional. Contohnya, puisi "Padamu Jua" dalam Nyanyi Swzyi karya Amir Hamzah. |
ghost story | cerita hantu | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen The Dead oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |
invocation | seru puja | Kesusasteraan | Tiada | Jampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ghaib | ajaib [ajayib] | Melanau Dalat | |
gaib | ghaib | TETAW | |
raip | ghaib; | Melanau Mukah | |
gaip | ghaib; gak ~ keghaiban; | Melanau Mukah | |
ayas | 1 tak nyata; tak jelas; kabur; 2 hilang; lenyap; ghaib: ~ ari mata hilang dr pandangan. | Iban | |
pasa | sst petanda buruk yg mungkin menimpa diri sso akibat kehilangan sst secara ghaib menurut kepercayaan MM. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
babalian Kd, Mr, Tb | pakar upacara keagamaan. | Langsung dia tidak lagi memerlukan babalian sebagai orang perantaraannya dengan kuasa ghaib yang mereka puja sebelum ini. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aki kapuuno Mr | pencipta langit dan bumi. | Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb 18/11 9:02 AM 103 )ghalaṭ( طلغ )gham( مغ راميتوب ،کروخمغ )ghamkhorak, būtīmār( )ghamgīn( نيگمغ )ghonche, shekūfe( هفوکش ،هچنغ )gheyb( بيغ )gheyrat( تريغ salah, ralat kesedihan pucung sedih kuntum ghaib cemburu wrong sadness heron sad bloom, bud invisible emulation تريغ طلغ Kamus Parsi.indb 103 5/18/11 9:02 AM 104 )Fārsī( ىسراف )fāṣele, jāy-e khālī( ىلاخ یاج
|
Kamus Thai 2.indb ฤ ฤกษ ์ [r:k] น ketika ฤชา [rca:] น cukai ฤดี [rdi:] น hati ฤดู [rdu:] น musim: ฤดูร ้ อน musim panas ฤทธิ์ [ri t] น kuasa ghaib ฤทัย [rtai] น hati ฤษี ดู ฤาษี ฤกษ ์ ฤษี Kamus Thai 2.indb 325 4/15/2008 11:12:11 AM 37 ฤา 326 ฤา ฤาษี [r:si ลี้ภัย [li:pai] ก mencari perlindungan, bersuaka: หัวหน ้ าขบถได ้ ลี้ ภัยไปยังต ่ างประเทศ แล ้ ว Ketua pemberontak telah mencari perlindungan di luar negeri. ลี้ลับ [li:lap] ว ghaib: ชนหลายเผ ่ าในเกาะ บอร ์ เนียวยังเชื่ ออำนาจลี้ ลับ Beberapa suku di Pulau Borneo masih percaya akan kuasa ghaib. ลึก [lk] ว dalam: แม ่ น ้ ำเจ ้ าพระยาลึกมาก Sungai
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ghaib | [ghaib] | غاءيب |
mengghaibkan | [meng.ghaib.kan] | مڠغاءيبکن |
rijalulghaib | [ri.ja.lul.ghaib] | رجال الغيب |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
ghaib | invisible | غيب | gheyb |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib |
|
Puisi |
---|
|
Kelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Lihat selanjutnya... |
|