Kata |
Takrif |
Sumber |
gawat | berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gawat | berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegawatan | keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegawatan | keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggawatkan | menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gawat | [ga.wat] | ݢاوت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawat |
|
|