Kata |
Takrif |
Sumber |
galir | 1 tidak ketat atau tidak sendat; mudah digerak-gerakkan; longgar. 2 dpt bergerak dgn tangkas. 3 ki dpt berkata-kata dgn lancar; fasih. menggalirkan menjadikan lincir (ttg pergerakan mesin); melincirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galir | 1. longgar kerana haus (bkn kunci, skru), tidak sendat: mesin ini tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~; 2. ki fasih, lancar (bercakap), cepat bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galir | 1. tidak ketat atau tidak sendat; mudah digerak-gerakkan; longgar. 2. dpt bergerak dgn tangkas. 3. ki dpt berkata-kata dgn lancar; fasih. menggalirkan menjadikan lincir (ttg pergerakan mesin); melincirkan. | Kamus Pelajar |
lincir | licin atau galir (bkn pergerakan mesin dll); lancar (bkn percakapan dll). ~ lidah (mulut) a. lancar berkata-kata. b. celopar. melincirkan menjadikan lincir; melicinkan (pergerakan mesin dll); menggalirkan. pelinciran perihal atau perbuatan melincirkan. pelincir sesuatu yg digunakan utk melicinkan perjalanan mesin dll: minyak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancap I | licin lagi galir, tirus meruncing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlup II | Id, bp tidak ketat, galir, longgar (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkang | 1. palang drpd kayu dll (pd pintu, penyokong tiang, kekang, dll): apabila ada ~-~ bangku itu yg galir atau longgar hendak-lah segera diketatkan segala pasaknya; 2. ark garisan pusat (pd sesuatu bulatan); 3. = tanda ~ tanda yg menceraikan suku kata dll, sempang; ~ bajang palang yg hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan; ~ merah Id palang merah; menyengkang 1. membubuh palang (pd pintu, tiang, dll), menyokong dgn palang; 2. meletakkan sesuatu pd mulut dll supaya terus ternganga (terbuka): kelopak matanya spt disengkang-sengkang dgn kayu agar terus celik; bersengkang; ~ mata menahan diri drpd tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam; tersengkang 1. terbuka sentiasa kerana di-sengkang (mulut dll); 2. terletak atau terhenti melintang (pd kerongkongan dll), menyeng-kang: penuh di dlm mulutnya dgn nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya; penyengkang kuda-kuda (pd biola). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkang | 1 kayu panjang yg digunakan utk memalang pintu (menguatkan kaki meja dll); kayu palang: Mana-mana ~ bangku yg galir hendaklah diketatkan. 2 = tanda ~ tanda yg berupa garis pendek melintang utk menceraikan perkataan. menyengkang 1 memasang sengkang pd sesuatu supaya menjadi lebih kukuh; menyokong dgn kayu palang. 2 menaruh kayu dsb pd mulut supaya terus ternganga agar tidak dpt menggigit, atau pd sesuatu supaya terus terbuka. tersengkang 1 terbuka kerana disengkang (bkn mulut dll). 2 terletak melintang (spt tulang pd kerongkongan): Dua tiga kali dia menelan nasi kepal utk melalukan tulang ikan yg ~ di tekaknya. penyengkang 1 kuda-kuda pd biola. 2 sesuatu yg menyengkang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sengkang | 1 kayu panjang yg digunakan utk memalang pintu (menguatkan kaki meja dll); kayu palang: Mana-mana ~ bangku yg galir hendaklah diketatkan. | Kamus Pelajar |