Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
foetal defect | kecacatan fetus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi. |
biparietal diameter | diameter biparietal | Kejururawatan | Tiada | Diameter antara kedua-dua eminens parietal tengkorak fetus yang berukuran 9.5 cm bagi bayi yang cukup bulan. Ia boleh diukur dengan sefalometri ultrasound dari gestasi 9 minggu. Ukuran bersiri semasa kehamilan dapat digunakan untuk menilai perkembangan fetus. |
foetus | fetus | Kejururawatan | Tiada | Janin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran. |
cephalometry | sefalometri | Kejururawatan | Tiada | Pengukuran garis pusat kepala fetus melalui radiografi atau ultrasound. |
abortifacient | abortifasien | Herba | Tiada | Herba yang mengaruh keguguran kandungan fetus. Contoh herba ini ialah gajah beranak, buah pala dan buah nanas muda. |
abdominal pregnancy | kebuntingan abdomen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Pembentukan fetus berlaku dalam abdomen, tetapi di luar uterus. Kebuntingan abdomen juga dikenali sebagai kebuntingan ektopik. Kebuntingan abdomen berlaku dalam rongga abdomen dan juga dalam oviduk. |
crowning | pengkoronaan | Kejururawatan | Tiada | Diameter suboksipitobregmatik dan biparietal kepala fetus melepasi lingkaran vulva dan ia berada dalam keadaan tetap antara kontraksi uterus. |
uterus | uterus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina dan merupakan tempat tumbesaran fetus semasa bunting. Dalam haiwan, terdapat pelbagai bentuk uterus sama ada uterus simpleks seperti dalam primat atau uterus dupleks seperti dalam ruminan. |
oogenesis | oogenesis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan oosit pada haiwan betina. Proses ini bermula seawal peringkat fetus sehingga peringkat haiwan betina mencapai dewasa. Oogenesis bermula dengan pembentukan sel germa primodial yang seterusnya melalui pelbagai perkembangan sel untuk mencapai peringkat oosit yang matang dan berupaya untuk disenyawakan. |
syphilis | sifilis | Herba | Fitoterapi | Sejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum yang menular melalui perhubungan seks atau daripada ibu kepada fetus di dalam rahim. |