| Kata |
Takrif |
Sumber |
| fasiq | Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat); memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| fasiq | tidak mempedulikan perintah Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| fasik | fasiq. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| fasik | ®fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kefasiqan | perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memfasiqkan | menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pendosa | orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dosa | 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| keadilan perawi | Agama Islam | Hadith | Perawi yang muslim, baligh, berakal, tidak fasiq, berusaha menjauhi dosa dan bermaruah tinggi. |
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| fasiq | [fa.siq] | فاسق |
| fasik (fasiq) | [fa.siq] | فاسق |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasiq |
|
|