Kata |
Takrif |
Sumber |
fantasi | 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saku fantasi | saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapu tangan fantasi | sapu tangan utk perhiasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayal | 1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fantastik | 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengempunyai | ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengepunyai | ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempunyai | ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayal | 1. sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2. sangat asyik melakukan sesuatu; leka:Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1. berangan-angan; mengelamun. 2. berbuat sesuatu sampai khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1. membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2. menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar |
khayalan | apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fantasy | n fantasi, khayalan; (mus) fantasi: to live in a world of ~, hidup dlm dunia khayalan; sexual fantasies, fantasi seks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fantasia | n fantasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cloud-cuckoo-land | n alam /khayalan, fantasi/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
fantasy | fantasi | fantasi | fantasi | Kesusasteraan |
fantasy | fantasi | fantasi luar sedar | fantasi luar sedar | Perubatan |
schizoid fantasy | fantasi skizoid | fantasi skizoid | fantasi skizoid | Perubatan |
satirific fantasia | fantasi satirik | fantasi satirik | fantasi satirik | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
classical fantasy | fantasi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa. |
fantasi | fantasi | Muzik | Tiada | Muzik instrumental yang bebas dari segi bentuk dan terhasil daripada emosi atau desakan serta khayalan kompoaer. Fantasi berdasarkan tema yang sedia ada atau bahan baru. Fantasi biasanya dalam suasana improvisasi, panjang lebar dan melibatkan teknik virtuoso. Contonnya, Fantasia and Fugue, C minor |
dark fantasy | fantasi seram | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi tentang cerita hantu atau cerita tentang kuasa ghaib. Fantasi seram memanfaatkan unsur-unsur ghaib yang berlebih-lebihan berbanding dengan novel gotik. Kadangkala cerita fantasi seram memaparkan keganasan yang kerterlaluan. Contoh kesusasteraan moden ialah Dark Demon Rising oleh Tunku Halim, dan Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Lihat juga novel gotik. |
fantasy | fantasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alices Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik. |
epic fantacy | fantasi epik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman. |
animal fantasy | fantasi binatang | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang boleh berfikir dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang. |
Choralfantasie | koral fantasi | Muzik | Tiada | Fantasi organ yang berasaskan melodi koral Protestan Jerman dalam gaya bebas. Contohnya, Choralfantasie BuxWV 188 Gelobet seist du, Jesu Christ oleh Buxtehude (1637-1707). |
parallel world | dunia sejajar | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fantasi yang wujud dan selari dengan dunia nyata. Dunia sejajar boleh ditemui dalam karya fantasi dan fiksyen sains. Dunia sejajar juga ditemui dalam puisi, contohnya puisi Sofourns in the Parallel World oleh Denise Levertor. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
fantasy | fantasi | Kesusasteraan | Tiada | Unsur pelarian dan realiti secara sedar yang lazimnya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
fantasi | angan-angan [aan aan] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
fantasi | [fan.ta.si] | فنتاسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasi |
|
|