Kata |
Takrif |
Sumber |
kiasan | 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti kiasan | erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti kiasan | erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti | 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
patut I | 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayaknya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, secocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menyelidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti (yg) mendatang | erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2. guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1. mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2. ertinya; maksudnya:Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3. berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1. menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya:kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Malaysia. 2. menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1. pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2. tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata-kata yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar |
mengertikan | 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semantik /sémantik/ | ilmu mengenai erti atau perubahan erti kata-kata. | Kamus Pelajar |
erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata pekerja telah digunakan sbg pengganti kata kuli pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah pernafasan itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan baik digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
full-blown | adj 1. fully developed, dlm erti kata yg sebenar: a ~ war, peperangan dlm erti kata yg sebenar; 2. (usu liter.) in full bloom, kembang mekar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knowingly | adv 1. in a manner suggestive of secret information, dgn penuh erti: to look ~ at so., memandang sso dgn penuh erti; 2. deliberately, dgn sengaja: to ~ hurt so., menyakiti hati sso dgn sengaja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
figurative | adj not literal, kiasan: the ~ uses of the word hot, penggunaan kiasan perkataan hot; ~ language, bahasa kiasan; in the ~ sense of the word, dlm erti kiasan kata itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
amount | vi; usu ~ to, a. reach a total of, jumlah [sst], [sst] berjumlah: he wanted to know what his debts ~ed to, dia hendak mengetahui jumlah hutangnya; the bill ~ed to one hundred ringgit, bil itu berjumlah seratus ringgit; b. mean, dimaksudkan oleh, maksud, erti; (st) sama seperti, bererti: this is what his statement ~s to, inilah yg dimaksudkan oleh kenyataannya itu; what he did ~ed to embezzlement, yg dilakukannya itu sama seperti penggelapan wang; ~ to little, tdk banyak ertinya; ~ to nothing, tdk bererti: his arguments ~ to nothing, hujah-hujahnya tdk bererti; it ~s to the same thing, itu sama sahaja; will /not, never/ ~ to /much, anything/, tdk akan berjaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
far | go ~ /to do st, towards st/, membantu, menolong: the money donated by their neighbours will go ~ to pay for the hospital bills, wang yg diderma oleh jiran-jiran mereka akan membantu mereka membayar bil hospital; in so ~ as, insofar as [various translations]: your suggestion is useful in so ~ as pensioners are concerned, cadangan tuan berguna setakat pesara-pesara sahaja; she is different from the rest in so ~ as she seems unimpressed by any show of wealth, dia berbeza drpd yg lain dlm erti kata dia tdk kagum dgn kekayaan; so ~, /setakat, sejauh/ ini: so ~ his work has been satisfactory, setakat ini, kerjanya memuaskan; so ~ and no further, setakat ini dan tdk lebih drpd ini; so ~ so good, setakat ini tdk ada apa-apa masalah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
convey | vt 1. carry, transport, a. (gen) membawa: the ferry ~s cars and passengers across the river, feri itu membawa kereta dan penumpang ke seberang sungai; b. (by pipeline, channel, etc) menyalurkan: water is ~ed by open channels to smaller reservoirs, air disalurkan melalui salur terbuka ke takungan yg lebih kecil; 2. make known, memberikan: the sentence does not ~ the intended meaning, ayat itu tdk memberikan erti yg dimaksudkan; this photograph will ~ some idea of the suffering of the people, gambar ini akan memberikan sedikit gambaran ttg penderitaan rakyat; 3. communicate, menyampaikan: to ~ a message to so., menyampaikan pesanan kpd sso; 4. (leg.) memindah hak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
empty | adj 1. containing nothing, kosong: there are several ~ boxes outside, ada beberapa kotak kosong di luar; my purse is ~, beg duit saya kosong; 2. destitute of people or human activity, lengang: the street was ~ at night, jalan itu lengang pd waktu malam; 3. carrying no load, passengers, etc, kosong: an ~ wagon, gerabak kosong; 4. vacant, unoccupied, kosong: the house has been ~ for six months, rumah itu telah kosong selama enam bulan;5. without effect, force, significance, kosong; (of pleasure) tanpa /erti, makna/: ~ promises, janji-janji kosong; an ~ dream, impian kosong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
holophrasis | cantum erti | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis. |
missense mutation | mutasi lain erti | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida lain yang menyebabkan perubahan kepada RNA dan seterusnya asid amino. Perubahan ini memberi kesan kepada perubahan sesuatu fungsi atau protein. |
dilogy | makna | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terkandung dalam sesuatu kata atau frasa. Dalam puisi, sesuatu kata itu dapat ditentukan maknanya sama ada secara harfiah atau kias. Contohnya, ibu pertiwi membawa makna tanah air. |
meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
holophrasis | holofrasis | Kesusasteraan | Puisi | Lihat cantum erti. |
semantic | semantik | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana. |
range | banjaran; julat | Kesusasteraan | Tiada | Jarak bunyi antara dua bunyi tanpa mengubah erti. |
explicit | tersurat | Kesusasteraan | Puisi | Maksud sebuah puisi yang jelas difahami kerana penggunaan bahasanya tidak berkemungkinan membawa erti yang lain. Sinonim eksplisit. |
zeugma | zugma | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang menggunakan satu perkataan untuk menggabungkan dua idea atau perkara yang mempunyai erti yang berlainan. Contoh: Api kebakaran itu menjilat bangunan dan jiwa bangsa Malaysia. |
occasional verse | sajak peristiwa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa sesuatu isu, pemikiran dan tema berdasarkan sesuatu peristiwa yang mempunyai erti dan makna tertentu bukan sahaja kepada penyairnya malah juga kepada seluruh masyarakat. Umpamanya peristiwa yang berhubung dengan Akta Bahasa, lahirlah beberapa buah puisi yang terkumpul dalam antologi puisi "Keranda 152" dan puisi "Kambing Hham" yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969, karya Usman Awang. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
erti | reti [rti]; arti [arti] | Melanau Dalat | |
erti | aatik, maknak. | kedayan | |
tujo | erti | TETAW | |
reti I | erti; | Melanau Mukah | |
sadet II | dlm erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara dll), larat: seset ~ gak likou a nda takan bak pesadei sesat larat di negeri orang tiada tempat utk mengadu. | Melanau Mukah | |
mapek | buta; 1 tidak dapat melihat: matasiyen ~ matanya buta; 2 tidak tahu menulis, membaca, dll: ~ urup buta huruf; 3 dlm erti tidak ada mempunyai sst; ~ mata tulek linga (buta mata tuli telinga) prb tidak peduli hal orang lain; | Melanau Mukah | |
rega | harga; 1 nilai sst barang dgn (kiraan) wang: bareng itou ~siyen mahal barang ini harganya mahal; menetep ~ letak harga; 2 ki kehormatan (diri), maruah: ~ taou ~ melou debei kami tahu harga diri kami; 3 ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: wak laj | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ridang Ib | koyak besar. | koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
paina Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Membakut. | Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kandandiu Mr Td | sejenis tarian hatiku rindu dan merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Kandandiu membawa erti hatiku rindu dan ianya merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti tarian, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah tarian seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendis Ib | cara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis. | koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb elektroakustik) Bidang ilmu yang mengkaji tentang penukaran tenaga dan gelombang akustik kepada tenaga dan gelombang elektrik atau sebaliknya. (FIZ) electroanalysis (elektroanalisis) Kaedah analisis yang berasaskan kepada elektrolisis atau konduktometri sep- erti pentitratan elektrometri. (KIM) electrocardiograph (elektrokardiograf) Alat untuk merakam potensi perubahan elektrik otot jantung. (UBAT) electrocardiography (elektrokardiografi) Kaedah merakamkan arus elektrik dari otot jantung untuk mengkaji fungsi otot tersebut. (UBAT) electrochemistry
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
erti | [er.ti] | ارتي |
reti (erti) | [re.ti] | رتي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti |
|
|