Kata |
Takrif |
Sumber |
efek II | (éfék) IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
efek I | (éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatacahaya | sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan dsb utk menghasilkan efek tertentu: kesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yg ceria;penatacahaya orang yg ahli dlm mengendalikan tatacahaya, terutamanya utk penggambaran filem, pementasan dsb: nilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memani-pulasikan warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesan | 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd perantara untuk semua aktiviti capaian oleh pengguna atau proses kepada sistem. Kernel ini perlu dilindungi daripada sebarang pengubahsuaian dan hasilnya disahkan. kesan lata (Ig. cascade effect; Br. kesan kaskad; Id. efek riam) Keadaan apabila perubahan yang berlaku ke atas suatu bahagian aset sistem komputer akan menyebabkan perubahan yang dijangkakan atau tidak dijangkakan berlaku kepada bahagian aset sistem komputer yang berhubung. Perubahan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
efek | [é.fék] | ايفيک |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata efek |
|
|