Kata |
Takrif |
Sumber |
duniawi | keduniaan: ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yg tertentu kpd kita; keduniawian 1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekular | (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idiosinkratik | bersifat idiosinkrasi: tumpuan Moore yg ~ dan tidak bercorak duniawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta dunia | barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensekularan | proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukhrawi | Ar berkaitan dgn akhirat: jangkauan Islam itu ialah kehidupan lahir dan batin, duniawi dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asetisisme | (asétisisme) cara hidup yg langsung tidak mementingkan kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelajaran dewasa | pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta | barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sungguh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajar | ; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajaran; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para peminat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat kekurangan tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
earthly | adj 1. worldly, duniawi, keduniaan, di dunia: ~ riches, kekayaan duniawi; 2. conceivable, sama sekali, langsung: he hasnt an ~ chance of success, tdk ada kemungkinan sama sekali dia akan berjaya; of no ~ use, tdk ada gunanya sama sekali. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eschew | vt (fml) , /menjauhkan, mengelakkan/ diri drpd: she has ~ed worldly pleasures, dia menjauhkan diri drpd kenikmatan duniawi; he vowed to ~ alcoholic drinks, dia bersumpah utk menjauhkan diri drpd minum arak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abnegation | (fml) n 1. self-denial,/perbuatan, sikap/ mengetepikan [n]: the ~ of worldly pleasures, perbuatan mengetepikan kenikmatan duniawi; 2. usu self-abnegation, self-sacrifice, pengorbanan diri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
forgo | vt a. abandon (worldly pleasures) meninggalkan: old Fred forwent worldly pleasures and lived like a hermit, Fred tua itu meninggalkan keseronokan duniawi dan hidup spt seorang petapa; b. let pass (opportunity, right, wage increase) melepaskan: he refused to ~ the opportunity of shaking hands with La Toya, dia enggan melepaskan peluang utk berjabat tangan La Toya; c. sacrifice (holiday, trip) mengorbankan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
carnal | adj 1. sensual, fleshly, syahwat: ~ desires, nafsu syahwat; have ~ knowledge of, /melakukan persetubuhan, bersetubuh/ dgn; 2. worldly, duniawi, keduniaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hedonism | hedonisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengutamakan kesenangan dan keseronokan duniawi. Contohnya, puisi "Senjakala" karya Pungguk. |
litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah humanis pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea subjek yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai subjek, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
dunia | duniawi duniawik. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
duniawi | [du.nia.wi] | دنياوي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata duniawi |
|
|