Kata |
Takrif |
Sumber |
raba I | tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan hidup | cubaan atau ujian hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dugaan Allah (Tuhan) | sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dugaan | 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dugaan syaitan | ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan hidup | ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan Tuhan | sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan Allah | = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan | 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugaan | 1. sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku di luar ~ saya. 2. cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hoop | go through the ~(s), (colloq) menempuh dugaan: a man who has been through the ~s but manages to remain cheerful, orang yg telah banyak menempuh dugaan tetapi tetap riang; put so. through the ~(s), menduga [sso] dgn teruk: as a recruit I was put through the ~s by the officers, sbg rekrut, saya telah diduga dgn teruk oleh para pegawai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conjecture | n dugaan, terkaan, tekaan, tebakan: I was right in my ~, saya betul dlm terkaan saya; she didnt know the facts, so what she said was pure ~, dia tdk tahu faktanya, jadi apa yg dikatakannya ialah terkaan semata-mata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beyond | 3. outside a. (the limit, range of) di luar: ~ os endurance, di luar kesabaran sso; to live ~ os means, hidup di luar kemampuan sso; ~ os jurisdiction, di luar bidang kuasa sso; ~ os expectations, di luar dugaan sso; b. (the possibility of) tdk dapat: ~ repair, tdk dapat dibaiki; ~ recovery, tdk dapat disembuhkan; ~ all doubt, tdk dapat diragui lagi; 4. surpassing, melebihi, mengatasi: ~ all praise, melebihi segala pujian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | ~ beyond, a. walk, run, etc, further than, melewati, melampaui: do not ~ beyond the white line, jangan melampaui garisan putih itu; b. take action more than what is allowed, melewati, melampaui: the officer went beyond his powers by issuing those instructions, pegawai itu telah melewati kuasanya dgn mengeluarkan arahan-arahan itu; ~ beyond a joke, bukan lagi gurauan; ~ beyond /expectation, reason, etc/, di luar /jangkaan, dugaan/: the success of the experiment went beyond his dreams, kejayaan eksperimen itu adalah di luar jangkaannya; ~ beyond the call of duty, berkhidmat melampaui tugas-tugas biasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | adj 1. the utmost, [various translations]: with ~ haste, (dgn) secepat mungkin or (dgn) secepat-cepatnya; with ~ (possible) care, dgn secermat-cermatnya or (dgn) secermat mungkin; in ~ earnestness I beg you to flee, dgn sesungguh-sungguhnya saya memohon agar tuan menyelamatkan diri; 2. (usu in negative contexts) any, whatever, segala, semua: he dislikes artificiality in ~ forms, dia tdk suka akan segala bentuk kepura-puraan; to deny ~ responsibility, menolak segala tanggungjawab; beyond ~ doubt, tdk dapat /diragu, disangsikan/ lagi; beyond ~ expectation(s) di luar segala /jangkaan, dugaan/; 3. (as intensifier), [not translated]: the greatest empire in ~ history, empayar yg terbesar dlm sejarah; the most evil regime in ~ the world, rejim yg paling jahat di dunia; adj & pron 1. the whole amount, number (of), every one (of) | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
symbol | lambang | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol. |
figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. |
flashforward | imbas depan | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif. |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Naib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gullivers Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud memperkatakan yang di sebaliknya. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sigun Bj, Kd, MSb | ayam sabung, laga. | Machigan dan ayam sigun itu pun dibawa ke tengah gelanggang untuk diperkenalkan kepada para peminat sabung ayam. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temasu MSb | tembusu; Fagraea fragrans. | Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari, kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pugai II LB, Ml, MSr | sesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna. | ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai. | Novel Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd organisasi. atur cara jahat (Ig. Rogue program; Br. atur cara Rogue; Id. program bangsat) Atur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan
|
Kamus Thai 2.indb งสองยังมีเยื่ อใย กันอยู ่ Walaupun sudah lama bercerai, namun ikatan hubungan mereka ber- dua masih baik. เยือกเย็น [yakyen] ว sabar: เขาเผชิญ ความทุกข ์ ยากด ้ วยใจที่ เยือกเย็น Dia meng- hadapi dugaan itu dengan hati yang sabar. เยื้อง [ya] ว berhadapan sipi: บ ้ าน ของฉันอยู ่ เยื้ องกับที่ ทำการไปรษณีย ์ Rumah saya letaknya berhadapan sipi dengan pejabat pos. เยือน [yan] ก
|
Kamus Thai 2.indb ci:wi t] น 1 nyawa: ชีวิตของเขา กำล ั งถูกคุกคามโดยผู ้ ก ่ อการร ้ าย Nyawanya sedang diancam pengganas. 2 hidup: ชีวิตนี้ เต็มไปด ้ วยการทดสอบ Hidup ini penuh dugaan. = ชีวะ ชีวัน ชีวา ชีวี ชีพ ชีวี [ci:wi:] ดู ชีวิต ชืด [c:t] ว tawar, hambar ชื่น [c:n] ว gembira, suka, ria, ceria ชื่นใจ [-cai] ว gembira ชื่นชม [-com |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
dugaan | [du.ga.an] | دوݢاءن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dugaan |
|
|