Kata |
Takrif |
Sumber |
derhaka | tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
derhaka | tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll: Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. penderhakaan perbuatan menderhaka: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar |
derhaka | 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang derhaka | = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
durhaka | ® derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderhaka | berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deraka | bp derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpaling sembah | sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak pelawan | anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderhaka | melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
high treason | n /derhaka, penderhakaan/ besar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
high | 6. great, unrestrained, besar; (of hope, expectation) tinggi: chances are ~ that he will win, peluangnya utk menang adalah besar; 7. noble, exalted, tinggi, mulia: ~ principles, prinsip yg tinggi; ~ ideals, cita-cita tinggi; 8. favourable, tinggi: they have a ~ opinion of him, mereka mempunyai tanggapan yg tinggi terhadapnya; 9. serious, besar: ~ treason, derhaka besar; 10. luxurious, mewah: ~ living, cara hidup yg mewah; 11. (colloq) intoxicated, a. (by hard drinks) mabuk; b. (by drugs) khayal; 12. (of season) puncak: in ~ summer, pd puncak musim panas; 13. (of sound, voice) tinggi: ~ key, nada tinggi; 14. (ling) tinggi: ~ vowel, vokal tinggi; 15. (of meat, game) well-hung or not fresh, (sudah) berbau; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |
epithet | epitet | Kesusasteraan | Tiada | Kata sifat yang dihubungkan dengan nama seseorang atau benda tertentu untuk menunjukkan ciri-ciri khususnya. Kata sifat itu akhirnya menjadi nama julukan seseorang atau benda yang berkenaan. Contoh epitet dalam kesusasteraan Inggeris ditemui dalam frasa Richard the Lion-Heart, Willian the Conqueror, Charle the Great, The Wine-dark Sea. Dan Silver Snarling Trumpets, Contoh epitet dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam frasa kata sifat seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tun Fatimah Srikandi Bangsa, Hang Jebat Derhaka, Mahligai Tujuh Tingkat, dan sebagainya. Dalam sastera Arab, nama Fatih al-Andalus khusus untuk nama julukan Tariq ibn Ziyad, manakala dalam sastera Parsi, Azraq-i Pushan merujuk kepada nama ahli sufi. Epitet juga dikenali sebagai julukan rujukan. Lihat juga nama julukan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
derhaka | tulah [tulah] | Melanau Dalat | |
derhaka | anak ~ anak duhakak. | kedayan | |
derhaka | duhakak; | kedayan | |
deraka, duraka, duaraka | derhaka. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb besyār( رايسب ،ىليخ )kheyme, chādor( رداچ ،هميخ ندز رداچ ،ندز هميخ )kheyme zadan, chādor zadan( riang, suka lazat, sedap babi darah timun tukang jahit menjahit khayalan, agakan khianat, curang, belot, derhaka bantuan basah, lembab, berair mesin membuat mentega banyak, ramai khemah berkhemah glad, happy delicious pig blood cucumber tailor to sew imagination treachery relief wet churn many, very tent, camp to
|
Kamus Thai 2.indb tamu บ ้ านเร ือน [-ran] น rumah kediaman บาป [ba:p] น 1 dosa: บาปของคนที่ เนรคุณ ต ่ อพ ่ อแม ่ นั้ นใหญ ่ หลวงนัก Dosa orang yang derhaka kepada ibu bapa sangat besar. ว 2 (ใจ) busuk: เขาเป็นคนใจบาป Dia berha- ti busuk. 3 (คิด) buruk: ผู ้ นำประเทศตะวันตก บางประเทศคิดบาปต ่ อประเทศกำลังพัฒนา Sesetengah pemimpin barat bersangka buruk terhadap negara
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
derhaka | [der.ha.ka] | درهاک |
durhaka (derhaka) | [dur.ha.ka] | درهاک |
asi (derhaka) | [Öa.si] | عاصي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka |
|
Puisi |
---|
|
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Lihat selanjutnya... |
|