Kata |
Takrif |
Sumber |
denai | bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar): ~ gajah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denai | bekas jejak bintang di hutan (semak, belukar): ~ gajah. | Kamus Pelajar |
denai | bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dll): ~ babi; ~ gajah; ikut ~ berjalan mengikut jejak binatang; bagai anjing melintang ~ prb seseorang yg sombong (gembira); bagai ~ gajah lalu prb kerosakan yg besar; berdenai mempunyai denai: lereng bukit yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut denai | berjalan mengikut jejak binatang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selarung | denai atau jejak binatang (gajah, babi, dll) dlm hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
latisan | denai atau jalan dlm hutan, rintisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdenai | mempunyai denai: lereng bukit yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
latis | ; melatis menebas (semak samun), merintis (jalan dlm hutan dll); latisan denai atau jalan dlm hutan, rintisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjing | 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
along | prep 1. over (part of) the length of, di; usu all ~, right ~, over the whole length of, di sepanjang: nipa-palms usually grow ~ riverbanks, pokok nipah biasanya tumbuh di tebing sungai; to walk ~ a dirt road, berjalan kaki di jalan tanah; all ~ the route of the procession, di sepanjang jalan perarakan itu; 2. lengthwise on, /memanjang, membujur/ di: the cat lay stretched out ~ the branch, kucing itu meniarap memanjang di dahan; 3. (lit. & fig.) following, mengikut: the trail ran ~ a dry river-bed, denai itu mengikut dasar sungai yg kering; if you carry on ~ that track, youll have problems, kalau terus mengikut jejak itu, kamu akan menghadapi masalah nanti; 4. by way of, melalui, lalu di: does this bus go ~ Petaling Street.?, adakah bas ini melalui Jalan Petaling?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
along | prep 1. over (part of) the length of, di; usu all ~, right ~, over the whole length of, di sepanjang: nipa-palms usually grow ~ riverbanks, pokok nipah biasanya tumbuh di tebing sungai; to walk ~ a dirt road, berjalan kaki di jalan tanah; all ~ the route of the procession, di sepanjang jalan perarakan itu; 2. lengthwise on, /memanjang, membujur/ di: the cat lay stretched out ~ the branch, kucing itu meniarap memanjang di dahan; 3. (lit. & fig.) following, mengikut: the trail ran ~ a dry river-bed, denai itu mengikut dasar sungai yg kering; if you carry on ~ that track, youll have problems, kalau terus mengikut jejak itu, kamu akan menghadapi masalah nanti; 4. by way of, melalui, lalu di: does this bus go ~ Petaling Street.?, adakah bas ini melalui Jalan Petaling?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
river trail | denai sungai | Alam Sekitar | Tiada | Laluan sepanjang sungai atau mana-mana badan air pada bahagian jajarannya. |
track | runut, jalan, jejak, rintis; balapan (SUK, P.JAS) | Geologi | Tiada | 2. Denai: Struktur fosil yang terdiri daripada bekas tapak kaki burung, reptelia, mamalia, atau haiwan-haiwan lainnya.,3. Landasan: Laluan pesawat udara atau satelit melintasi permukaan bumi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
hoh I | denai; ~ babui denai babi; ~ gajah denai gajah; | Melanau Mukah | |
denai | bekas tampat binatang. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
denai | [de.nai] | دناي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata denai |
|
|