Kata |
Takrif |
Sumber |
sahaja | 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
begitu juga | demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongset | (tongsét) C ark sj sanggul (kundai): maka dibalas demikian juga terkena pacak ~ tuan puteri lalu jatuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
begitu | 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persona | 1. (Sas) watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb: cara penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dlm karya-karya sajak; 2. (Psi) watak atau sifat seseorang spt yg ditampilkan kpd orang lain atau spt yg ditanggapi oleh orang lain; 3. IB orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stilistik | 1. kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dlm penulisan; 2. berkaitan dgn stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan: demikian juga, Umar Yunus dgn tegas mengatakan bahawa unsur ~ yg utama ialah ayat; saya tidak bermaksud menutup penerokaan ~ penulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
itu | kata penunjuk utk benda (hal, tempat, waktu) yg jauh, lwn ini: ~ siapa?; motokar yg hitam ~ kepunyaan saya; ~ dia a) nah benarlah itu; b) bp padanlah, rasalah; ~ juga macam itu juga (selalu sama saja); dlm pada ~ = dlm ~ pun bagaimanapun; ~ pun dlm hal yg demikian, demikian itu (kalau), meskipun (kendatipun, walaupun) begitu, yg itu; itulah demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengan I | 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; menambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; menjerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (kecocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan berbincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saja | 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
f ollow | to ~, (restaurant) selepas /ini, itu/: would you like something to ~, sir?, tuan hendak apa-apa lagi selepas ini?; ~ os (own) bent, mengikut kecenderungan sso (sendiri); ~ suit, join in, berbuat demikian juga, mengikut: he started to clap and many others ~ed suit, dia mula bertepuk dan ramai yg lain berbuat demikian juga; as ~s, spt yg berikut: the contents are as ~s: $120 in cash, one drivers licence, three credit cards and various documents, kandungannya adalah spt yg berikut: wang tunai $120, satu lesen memandu, tiga kad kredit dan dokumen-dokumen lain; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | c. (in negative sentences) i. (not) in the slightest, (not) in any way, (tdk) sama sekali, sama sekali (tdk); (colloq), (tdk) langsung: I didnt say that at ~, saya sama sekali tdk berkata demikian; not at ~ worried, tdk khuatir sama sekali or sama sekali tdk khuatir; ii. (with negative adj) bukan [negative adj], (memang) [positive adj] juga: its not at ~ impossible, bukan tdk mungkin or (memang) mungkin juga; iii. (not) in reality, sebenarnya: they said he was sick, but he wasnt at ~, mereka berkata dia sakit, tapi sebenarnya tidak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
job | [various translations]: I gave him up as a bad ~ after he repeatedly failed to keep his promises, saya tdk berhubung lagi dengannya setelah dia berkali-kali mungkir janji; we tried very hard to make him kick his gambling habit but as he showed no sign of doing so, we gave him up as a bad ~, kami sedaya upaya mencuba membuatnya berhenti berjudi tetapi disebabkan dia tdk menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan berbuat demikian, kami tdk mahu lagi ambil tahu tentangnya; have a ~, (colloq) teruk juga: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | ~ and sundry, /siapa-siapa, sesiapa/ saja: I dont send invitations to ~ and sundry, saya tdk mengirimkan undangan kpd sesiapa saja; ~ at once, a. suddenly, tiba-tiba, sekonyong-konyong; b. simultaneously, serentak, serempak; ~ being well, kalau tak ada halangan; (for Muslims) insya-Allah; ~ but, a. every (thing) except,i semua... kecuali: in ~ but the most remote areas, di semua daerah kecuali yg paling terpencil; he wrote ~ but the final chapter, dia menulis semua bab kecuali yg akhir; ~ for, a. in full agreement with, setuju /benar, sekali/ dgn: Im ~ for such a step, saya setuju benar dgn tindakan demikian; b. fully intending to, betul-betul hendak: the manager was ~ for sacking the strikers on the spot, pengurus itu betul-betul hendak memecat pemogok-pemogok pd ketika itu juga; ~ in, (colloq) a. exhausted, /penat, letih/ /betul, sangat/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reciprocity | kesalingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik. |
statehood | taraf negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri. |
secular state | negara sekular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah. |
decolonization | penyahjajahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini. |
symbol manipulation | manipulasi simbol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Simbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha. |
chirographic culture | budaya kirografik | Kesusasteraan | Tiada | Budaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat. |
kidnapping coverage | perlindungan penculikan | insurans | Tiada | Perlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K. |
trick ending | akhiran muslihat | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian dalam cerita yang tidak dapat diduga oleh pembaca. Hal ini demikian kerana tiada petunjuk daripada pengarang atau kerana pengarang sengaja menyimpan maklumat penting sehingga ke babak akhir cerita. Istilah ini dikenali juga sebagai akhiran di luar duga. |
autobiographic fiction | fiksyen autobiografi | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman clef. |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
un | sahaja, saja; 1 cuma, hanya: siyen berahi gak nou ~ dia cintakan kamu sahaja; 2 selalu demikian, terus demikian: kakel gejiyen ~ masih begitu sahaja; 3 juga demikian, juga begitu: sama ~ rasasiyen sama sahaja rasanya; 4 dgn mudah, dgn senang: seneng ~ siy | Melanau Mukah | |
puun II | pun; 1 juga, dan demikian juga: wak laei kou ~ gejiyen kawak pendapat saya pun begitu juga: semuneh ~ diak kawak besok pun baik juga; 2 biar, kendati, meski, walau: susah ~ kenerejasiyen kawak susah pun dikerjakannya juga; 3 bukan, malahan, sedangkan (a | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kapiak, *pakiak* Mr | burung kuang. | Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki). | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
abag Mr | cawat berwarna kesumba atau merah yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Mansayau. | Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki). | Tarian Kepingan Besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb terakhir perut haiwan ruminan, yang merupakan ruang pencernaan sebenar. Bahagian ini dilapisi mukosa yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 panjang gelombang penyerapan sinaran elektromagnet yang berbeza bagi unsur atau bahan yang tertentu. (KIM) absorption band (jalur penyerapan) Suatu kawasan dalam spektrum penyerapan suatu bahan yang keserapannya mencapai maksimum, yang juga takat infleksi dalam spektrum. (KIM) absorption dynamometer (dinamometer penyerapan) Dinamometer yang menyerap semua kuasa dan mengubahnya kepada haba untuk mengukur kuasa tersebut. (FIZ) absorption index (indeks penyerapan) Nilai pada indeks
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803 Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu bersungguh-sungguh menangani penyusunan kamus ini. Begitu juga kepada Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri yang bertanggungjawab sebagai penasihat projek dan Puan Norhasmanalinda Haji Mustapa serta Puan Nawal Hanim Haji Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 9
|
Kamus Thai 2.indb ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803 10:58:36 AM viii Penyusunan kamus merupakan salah satu kegiatan teras dalam pembinaan dan pengembangan sesuatu bahasa. Selain menyusun kamus ekabahasa dan kamus istilah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga menyusun beberapa buah kamus dwibahasa yang melibatkan pelbagai bahasa lain selain bahasa Melayu. Kamus Thai-Melayu Dewan ini merupakan kamus dwibahasa yang diterbitkan hasil daripada Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikian juga |
|
|