Kata |
Takrif |
Sumber |
deman | Jw ark demen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangku | riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukungan | 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerkup | menutup atau menyungkup sesuatu dgn serkup: ~ Malim Deman dgn kawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerkup | menutup atau menyungkup sesuatu dgn serkup: ~ Malim Deman dgn kawah. | Kamus Pelajar |
menyerkup | 1. menyungkup (menutup dll) dgn sesuatu yg jeluk: Tuanku Malim Deman pun disembunyikan olehnya di bawah dapur diserkup dgn kawah; 2. menutup (menudung) dgn sesuatu: ia membetul-betulkan rambut-nya yg ~ dahi; 3. ki menyelubungi, meliputi: kelam malam ~ seluruh kampung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arkian | sl sesudah itu, maka: ~, tersebutlah pula putera baginda Tuanku Malim Deman besarlah sudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serkup | menyerkup menutup atau menyungkup sesuatu dgn serkup: ~ Malim Deman dgn kawah. | Kamus Pelajar |
menggisal | menggosok (badan dll), menggesel: maka Tuan Puteri Terus Mata pun ~ Ku Malim Deman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gisal | ; menggisal menggosok (badan dll), menggesel: maka Tuan Puteri Terus Mata pun ~ Ku Malim Deman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari. |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
deman | [de.man] | دمن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata deman |
|
|