Kata |
Takrif |
Sumber |
menunaikan cita-cita | berusaha mencapaikan cita-cita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukung | 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercita-cita | 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang atau sesuatu: penggendong. 2. orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. | Kamus Pelajar |
waja | 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras: semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb) kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~; berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya; kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~ semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhasil | 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idealisme | (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca - tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat ang-kara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cita I | 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkabul | tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ambition | n cita-cita: to have great ~, mempunyai cita-cita tinggi; the Chair of Physics was her ~, menyandang Kerusi Fizik menjadi cita-citanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unambitious | adj tdk /bercita-cita, mempunyai cita-cita/ tinggi: an ~ man, lelaki yg tdk bercita-cita tinggi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ambitious | adj 1. full of ambition, /bercita-cita, mempunyai cita-cita/ tinggi: an ~ man, seorang lelaki yg bercita-cita tinggi; be ~ for, a. (so.) mencita-citakan kejayaan: he is ~ for his son, dia mencita-citakan kejayaan anak lelakinya; b. (st) bercita-cita utk mendapatkan: to be ~ for power, bercita-cita utk mendapatkan kuasa; be ~ of, bercita-cita utk: a man who has always been ~ of fame and fortune, seorang lelaki yg memang selama ini bercita-cita utk menjadi masyhur dan kaya; be ~ to (succeed etc), bercita-cita utk (berjaya dsb); 2. showing ambition, hebat: an ~ plan, rancangan yg hebat; 3. elaborate, istimewa: she planned to cook nothing more ~ than rice and chicken curry, dia tdk bermaksud utk memasak yg lebih istimewa drpd nasi dan kari ayam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aspiration | n 1. strong desire, ambition, aspirasi, cita-cita, hasrat: political ~s, aspirasi politik; his ~ for greatness, aspirasinya utk menjadi orang yg ternama; 2. an object of such desire, aspirasi, cita-cita, hasrat; 3. act of breathing, pernafasan; 4. withdrawal of air etc from body cavity by suction, penyedutan; 5. (med) penyedutan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
star | reach for the ~s, mencuba mencapai cita-cita yg tinggi: try to reach for the ~ but keep your feet firmly on the ground, cubalah capai cita-citamu yg tinggi tetapi berpijaklah di bumi nyata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fulfil | ~ os, mencapai cita-cita sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unattainable | adj tdk /dapat dicapai, tercapai/: an ~ ambition, cita-cita yg tdk tercapai. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go-getter | n (colloq), (orang yg) penuh semangat dan cita-cita. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unaccomplished | adj 1. not achieved, tdk tercapai: an ambition still ~, cita-cita yg masih tdk tercapai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
actualize, actualise | vt make actual, menjadikan (sbg) suatu kenyataan: to ~ os ideals, menjadikan cita-cita sso sbg suatu kenyataan; to ~ a project, menjadikan sst projek sbg suatu kenyataan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
pedagogical ideals | cita-cita pedagogis | cita-cita pedagogi | cita-cita pedagogi | Sosiologi |
educational ideals | cita-cita pendidikan | cita-cita pendidikan | cita-cita pendidikan | Sosiologi |
milk flavour | cita rasa susu | perisa susu | perisa susu | Penternakan |
political idea | cita politik; ide politik | idea politik/gagasan politik | idea politik/gagasan politik | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
ambition | cita-cita | Pendidikan | Tiada | Tiada |
idealist | idealis | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang mempunyai fikiran atau cita-cita tinggi atau berpegang pada doktrin atau fahaman idealisme. |
theory Y | teori Y | Pentadbiran | Tiada | Teori ini menganggap manusia memang rajin dan mempunyai potensi dan cita-cita dalam sesuatu pekerjaan atau tanggungjawab. |
symbol | lambang | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol. |
Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)) | Zon Aman, Bebas dan Berkecuali | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep zon yang disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Konsep ini telah mendapat sokongan negara serantau yang merupakan salah satu cita-cita ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon yang bebas daripada campur tangan pengaruh luar. Proses pengecualian menekankan supaya setiap negara saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain. Negara di rantau ini tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mengancam keselamatan sesebuah negara lain. Konsep ini juga merupakan satu mekanisme untuk menjauhkan campur tangan kuasa besar dalam hal ehwal politik negara ASEAN. Sinonim ZOPFAN. |
federal blue print | rangka tindakan persekutuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun. |
global taste | cita rasa sejagat/cita rasa global | Komunikasi | Tiada | Tiada |
global taste | cita rasa sejagat/ cita rasa global | Komunikasi | Tiada | Tiada |
public taste | cita rasa awam | Kesenian | Tiada | Cita rasa kolektif masyarakat terhadap seni yang dibezakan daripada cita rasa peribadi yang unik. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
cita rasa | nyam [am] | Melanau Dalat | |
cita | ~-~citak-citak. | kedayan | |
nyanyam aseng | cita rasa | TETAW | |
atau | hati: ~ sapi hati lembu: besai ~ bercita-cita besar (tinggi); | Iban | |
kiyip | sj kain drpd kapas utk dibuat pakaian, berbunga-bunga atau berwarna, cita. | Melanau Mukah | |
seterak | sutera; 1 sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd ulat: beneang ~ benang sutera; 2 kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera: ~ tuu sutera asli: ~ wak tiruk sutera tiruan; kain ~ kain sutera | Melanau Mukah | |
lieng | liur; 1 air liur: ~ mepait air liur pahit; 2 ki selera: kukaih ~ membuka selera; 3 ki kegemaran, pilihan, cita rasa: menurut ~ a menaah menurut selera orang yg mendengar; ~ a masin, ~ a bisa ki kata-kata drpd orang yg disegani, diikuti, dipercayai orang; | Melanau Mukah | |
kayou II | satuan atau unit utk mengira banyaknya kain, gulung, kayu: melei setengah ~ kain sita membeli setengah kayu kain cita. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb ّ رذ )ẕoghāl( لاغذ )ẕalīl( ليلذ )ẕowb shodan( ندش بوذ )ẕowgh( قوذ )ẕehn( نهذ )ẕeyl( ليذ zat sembelih simpanan molekul, zarah arang, arang kayu merendah diri mencair, jadi cair rasa, cita rasa fikiran, ingatan apendiks nature, substance to slaughter reserve molecule charcoal humble to melt, to thaw taste mind, memory appendix ذ Kamus Parsi.indb 70 5/18/11 9:02
|
Kamus Sains.indb yang dikhaskan untuk penggunaan biasa dan bukan untuk tujuan pengawalan atau penyeliaan. (KOM) user-defined (tentuan pengguna) Ciri pada sistem yang membenarkan pengguna menentukan fungsi, objek, kawalan atau suasana mengikut cita rasanya. (KOM) ustic acid (asid ustik) 1. Hidroksikuinona yang dihasilkan oleh Penicillium ustus. 2. Bahan antibakteria yang dihasilkan oleh Ustilago maydis. (BIO) uterine gland (kelenjar uterus) Kelenjar yang terdapat di
|
Kamus Thai 2.indb suty:t] น kemuncak: การ ตายของโรมิโอและจูเลียตเป็นจุดสุดยอดของ ละครเรื่ องนี้ Kematian Romeo dan Juliet merupakan kemuncak drama ini. จุดสูงสุด [-su:sut] น kemuncak: จุดสูงสุด ของความใฝ ่ ฝันของนักการเมืองคือตำแหน ่ ง นายกรัฐมนตรี Kemuncak cita-cita se orang ahli politik ialah menjadi Per dana Menteri. จุดหมาย [-ma:y] น 1 (รูปธรรม) destina- si: กรุงเทพฯเป็นจุดหมายของเที่ ยวบินนี้ Kota Bangkok menjadi destinasi penerba ngan ini. 2 (นามธรรม) matlamat: คนเรา
|
Kamus Thai 2.indb ้ ถูกนำเสนอในที่ ประชุมนั้ น Isu se- masa telah dikemukakan dalam me- syuarat itu. รวย [ruai] ว kaya รส [rot] น rasa = รสชาติ รสชาติ [-ca:t] ดู รส รสนิยม [-saniyom] น cita rasa รหัส [rahat] น kod รโหฐาน [raho:ta:n] น 1 tempat persendirian 2 tempat rahsia รอ [r:] ก menunggu, menanti: สำรวยรอ เพื่ อนของเธอที่ ป ้ ายรถเมล ์ Samruai menung |
Kamus Thai 2.indb timbunan jerami. แฝด [fε:t] ว kembar: คราวนี้ เธอได ้ ลูก แฝดสามคน Kali ini dia mendapat anak kembar tiga = ฝาแฝด ใฝ่ [fai] ดู ฝักใฝ่ ใฝ ่ ต่ำ [-tam] ก bercita-cita jahat ใฝ ่ ฝัน [-fan] ก bercita-cita ใฝ ่ สูง [-su:] ก bercita-cita tinggi ไฝ [fai] น tahi lalat ฝาด ไฝ Kamus Thai 2.indb 258 4/15/2008 11:09:38 AM พ 259
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
cita-cita | [ci.ta.ci.ta] | چيتا٢ |
cita | [ci.ta] | چيتا |
mencita-cita | [men.ci.ta.ci.ta] | منچيتا - چيتا |
bercita-cita | [ber.ci.ta.ci.ta] | برچيتا - چيتا |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
rasa , cita rasa | taste | ذوق | ẕowgh |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
taste | cita rasa | EKO, PERD |
consumer taste | cita rasa pengguna | EKO |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita |
|
Puisi |
---|
|
Buah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya.
Lihat selanjutnya... |
|