Kata |
Takrif |
Sumber |
boneka | (bonéka)1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yg boleh digerakkan dgn menarik tali yg dilekatkan padanya, atau dgn memasukkan tangan ke dlm badannya dan menggerakkannya; 3. ki orang atau negeri yg tindaktanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar: mereka semua ~ penjajah; pemerintah ~ pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; membonekakan, memperboneka, memperbonekakan mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dll) spt boneka: kerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
boneka | /bonéka/ 1 barang permainan yg dibuat menyerupai orang: patung orang. 2 ki orang yg dianggap sbg alat atau sbg barang permainan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
boneka | /bonéka/ 1. barang permainan yg dibuat menyerupai orang: patung orang. 2. ki orang yg dianggap sbg alat atau sbg barang permainan. | Kamus Pelajar |
pemerintah boneka | pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerintah boneka | pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak-anakan | boneka, patung; ~ mentimun anak angkat yg dijadikan isteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak asak | boneka, patung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang-orang | 1. tiruan orang, boneka, patung: kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung: mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg hitam pd biji mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempurit | Jk tangkai pd tangan boneka wayang kulit (utk menggerak-gerakkannya dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membajui | mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cats-paw | n (fig.) boneka: to be the ~ of the organization, menjadi boneka organisasi itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dummy | n 1. (model of person or animal) patung; (puppet) patung, boneka: all the dummies in the shop window were stolen, semua patung dlm jendela kedai itu dicuri; for target practice, they were required to shoot down dummies, semasa latihan sasaran mereka dikehendaki menembak patung; the ventriloquist uses two dummies for his act, ventrilokis itu menggunakan dua boneka utk persembahannya; 2. object made to look similar to the real thing, (approp n) palsu: the wedding cakes on display are all dummies, kek pengantin yg dipamerkan semuanya kek palsu; the first drawer is actually a ~, laci yg pertama itu sebenarnya palsu; 3. (UK) rubber teat for babies, puting (getah); 4. (US), (colloq) stupid person, (orang yg) /bodoh, tolol/; 5. (printing) dami. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
figure-head | n 1. ukiran luan, angkuk: the old sailing ship had a ~ at the bow, kapal layar lama itu mempunyai angkuk di haluannya; 2. (fig.) boneka: the king is only a ~, raja itu hanya boneka sahaja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enrapture | vt (act.) mempesonakan; (pass.) terpesona: her singing ~d the audience, nyanyiannya mempesonakan para penonton; the children were ~d by the puppet-show, kanak-kanak itu terpesona dgn pertunjukan boneka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give | it will take one hour to fly to Penang, ~ or take a few minutes, akan mengambil masa sejam utk terbang ke Pulau Pinang, campur tolak beberapa minit; b. except for, kecuali, melainkan: ~ or take one or two, everyone enjoyed the puppet show, kecuali seorang dua, yg lain semuanya berasa seronok menonton persembahan boneka itu; ~ os, (in sexual intercourse) menyerahkan tubuh: she would have ~n herself to him, dia sanggup menyerahkan tubuhnya kpd lelaki itu; ~ so. os word, berjanji kpd sso; ~ so. to /believe, understand/, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
develop | thousands of acres of land for housing, kerajaan telah memajukan beribu-ribu ekar tanah utk perumahan; 7. make available, usable, (the natural resources of) memanfaatkan: to ~ the natural resources of a region, memanfaatkan sumber semula jadi sesebuah kawasan; 8. contract, have, mendapat; (infectious or contagious disease) dijangkiti, mendapat; (fever) mula: to ~ an allergy, mendapat alergi; to ~ a rash, mendapat ruam; she ~ed a cold over the weekend, dia mendapat selesema pd hujung minggu itu; ~ a headache, sakit kepala; 9. acquire gradually, mula + approp v: he has ~ed a taste for sushi, dia mula menggemari susyi; she ~ed a gift for puppet-making during her sojourn in Thailand , dia mula menunjukkan kemahirannya dlm seni pembuatan boneka semasa dia tinggal di negeri Thai; 10. (photog) mencuci. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
puppetry | seni boneka | Kesenian | Tiada | Seni membuat dan memainkan pertunjukan boneka. |
puppet regime | rejim boneka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat. |
sovereign authority | autoriti berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
boneka | anak-anakan, anak patong. | kedayan | |
udok | boneka | TETAW | |
balei I | boneka. | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb เขาคิดแก ้ ปัญหานั้ น นานนับชั่ วโมงจนรู ้ สึกตื้ อ Dia memikirkan masalah itu berjam-jam sehingga be rasa bingung. ตุ ๊ กแก [tukkε:] น tokek ตุ ๊ กตา [tukkata:] น boneka ตุกติก [tuktik] ว licik: เมื่ อคืนนักพนันที่ ตุกติกถูกฆ ่ าตายในบ ่ อน Malam tadi penjudi yang licik itu telah dibunuh di tempat perjudian. ตุง [tu] ว kembung: อาเฉียนยัดธนบัตรใส ่ กระเป๋ากางเกงจนตุง Ah
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
boneka | [bo.né.ka] | بونيکا |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata boneka |
|
|