Kata |
Takrif |
Sumber |
membuka bicara | memulakan bicara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bicara | 1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bicara | 1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bicara | 1. pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2. rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3. bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4. bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1. mengeluarkan kata-kata; bercakap:Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2. bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3. berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4. mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1. memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2. mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. pembicaraanperbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu telah diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan atau membincangkan sesuatu: ~ mereka telah beralih dr politik tanah air ke syarikat kerjasama. | Kamus Pelajar |
campur bicara | , = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1 turut berbicara; turut berkata-kata. 2 turut memasuki urusan orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peti bicara (ngomong) | bp mesin bicara, gramofon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur bicara, | = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain. | Kamus Pelajar |
kira bicara | 1. tutur kata, cakap; dgn tidak banyak ~ dgn tidak banyak cakap; 2. berbincang, berunding: Samaun bukan orang yg boleh dibawa ~; berkira bicara bercakap, berbual, berbincang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakap besar | kata-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri; bercakap besar suka mengeluarkan kata-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
discretionary | adj (mengikut) budi bicara: a decision that was entirely ~, keputusan yg dibuat semata-mata mengikut budi bicara; the Refugee Council may make ~ payments to displaced persons, Majlis Orang-Orang Pelarian mungkin akan membuat bayaran mengikut budi bicara kpd orang-orang yg tdk bertempat; an official with ~ powers, pegawai yg mempunyai kuasa budi bicara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discretion | n 1. liberty to make decisions, budi bicara, kebijaksanaan: the approval of the plan is subject to the directors ~, pelulusan rancangan itu tertakluk kpd budi bicara pengarah; at the ~ of so., at sos ~ /atas, mengikut/ /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; use os ~, menggunakan /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; 2. prudence, circumspection, berhati-hati; (of person) kebijaksanaan: ~ is the better part of valour, berhati-hati lebih baik drpd bertindak berani; /age, years/ of ~, usia dewasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chamber | n 1. bedroom, /kamar, bilik/ (tidur); 2. judges room for hearing cases, kamar bicara; 3. (hall used by) legislative body, Dewan Perundangan; 4. cavity, compartment, kebuk, ruang: pollen ~, kebuk debunga; posterior ~, ruang belakang; the ~s of a revolver, ruang peluru pistol. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argument | 3. reasons presented (for or against) alasan: he patiently listened to all the ~s before deciding, dia dgn sabar mendengar kesemua alasan itu sebelum membuat keputusan; 4. process of reasoning, cara memberikan alasan; /line, thread/ of ~, aliran hujah; 5. summary (of subject matter etc) inti bicara; 6. (math) hujah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
professional talk | bicara profesional | Komunikasi | Tiada | Tiada |
discretionary grant | pemberian (atas) budi bicara | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
discretionary payment | pembayaran (atas) budi bicara | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
one-line budget | belanjawan satu garis/belanjawan segaris | Pentadbiran | Tiada | Sistem pengurusan belanjawan yang terkawal untuk peruntukan sejumlah wang tanpa perbelanjaan terperinci yang diserahkan kepada budi bicara pengurus yang mengawal belanjawan. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud cara pengolahan oleh si bijaksana. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?. |
parataxis | parataksis | Kesusasteraan | Puisi | Proses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara |
initial caesura | jeda awal | Kesusasteraan | Puisi | Penghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara. |
feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bicara | pesara [psara]; berbicara bekerapek [bkrap] | Melanau Dalat | |
bicara | bicaak. | kedayan | |
besarak | bicara | TETAW | |
budi | ~ bicara budik bicaak, akal; | kedayan | |
kerapek I | cakap, bicara, kata, tutur; idak ~ banyak cakap. | Melanau Mukah | |
apil | rayu ulang bicara; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ponggah Tb | angkuh. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bantugan Bj | orang yang tersohor kerana kegagahan dan kebijaksanaan. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd keselamatan pasang-tambah; Id. sekuritas pasang-tambah) Mekanisma perlindungan bagi mempertingkat keselamatan sistem komputer dengan menggunakan perkakasan atau perisian. Contohnya, perkakasan Dongel, perisian antivirus dan tembok api. keselamatan tanpa budi bicara (Ig. non-discretionary security; Br. keselamatan tanpa budi bicara; Id. keamanan tanpa kebijakan) Arahan yang boleh disertakan dalam dasar keselamatan untuk mengehadkan capaian kepada data dalam pangkalan data dengan memaksa penetapan paras keselamatan kepada setiap data dan pengguna, dan
|
Kamus Thai 2.indb tidak en- dah, tidak ambil peduli: ถูกด ่ าว ่ าก็เฉย Diusik dengan teruk pun dia tidak ki sah. ว 2 diam, senyap: นิ ่ งเฉยไม ่ พูด diam tanpa bicara เฉย ๆ [-c:y] ว begitu sahaja: รถของ เขาจอดไว ้ เฉย ๆ Keretanya diletakkan begitu sahaja. เฉลย [cal:y] ก menerangkan, men- jelaskan เฉลา [calau] ว cantik, jelita เฉลิม
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bicara | [bi.ca.ra] | بيچارا |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara |
|
Puisi |
---|
|
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|