Kata |
Takrif |
Sumber |
betah | 1. tahan (menderita dll), tabah: dia tidak ~ lagi tinggal bersama mentuanya; 2. sudah sesuai (tinggal di tempat baru dll): sesudah setahun, baru ~ saya tinggal di sini; 3. sl sembuh: luka sudah ~ tetapi parutnya tinggal jua; membetahkan menjadikan tahan (tabah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betah | 1 sanggup atau tahan menderita kesusahan: Siapa yg ~ menerima maki hamun setiap hari? 2 sudah berasa sesuai atau selesa: Selepas setahun, baru saya ~ tinggal di Petaling Jaya. 3 baik drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. membetahkan menjadikan betah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembuh | menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betah | 1. sanggup atau tahan menderita kesusahan: Siapa yg ~ menerima maki hamun setiap hari? 2. sudah berasa sesuai atau selesa: Selepas setahun, baru saya ~ tinggal di Petaling Jaya. 3. baik drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. membetahkan menjadikan betah. | Kamus Pelajar |
membetahkan | menjadikan betah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sabar | 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: ceritalah segera, desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membetahkan | menjadikan betah. | Kamus Pelajar |
menyembuhkan | menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman III | Mn ark rajin, betah, giat: ~ bekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerasan | Jw tahan (mendiami sesuatu tempat), betah: aku tidak ~ tinggal di sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cope 1 | vi betah, tahan; (rel to particular situation), /dapat, sanggup/ + approp v: when the maid went on a vacation she found that she just couldnt ~, semasa pembantu rumah bercuti, dia mendapati dia tdk dapat mengurus rumah tangganya; the demand was so great that the manufacturer could not ~, permintaan terlalu banyak hingga pihak pengilang tdk dapat memenuhinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
accustomed | adj sudah menjadi sifat sso: the soldiers fought with their ~ bravery, askar-askar itu berjuang dgn kegagahan yg sudah menjadi sifat mereka; be ~ to, sudah biasa, betah: he is ~ to rising early, dia sudah biasa bangun awal; be ~ to working hard, sudah biasa bekerja keras; /become, get/ ~ to, (menjadi) biasa dgn, (sudah) betah dgn: I have become ~ to her ways, saya sudah biasa dgn ragamnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
betah | tahan, tabah. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
betah | [be.tah] | بته |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
pangi | | ikan yg diperam dgn buah kepayang | Dieng pangi boleh tinagu betah. | Ikan yang diperam dgn buah kepayang boleh disimpan lama. | makanan dan minuman | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata betah |
|
|