Kata |
Takrif |
Sumber |
besar akal | sl banyak akal, pandai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketemu | Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; mengetemui menemui, menjumpai, mendapatkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui; mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan; ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besar | 1. tidak kecil (ukurannya): bangunan parlimen ~ dan tinggi; kereta ~; bertubuh ~; 2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dsb) tertinggi: di depan sekali tempat orang-orang ~; guru ~ guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); kerani ~ kerani yg tertinggi (ketua kerani); markas ~ markas tertinggi; 3. dewasa: anak-anaknya sudah ~; 4. ukuran lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dll): ~ badannya dua kali badan saya; 5. banyak: projek ini menelan belanja yg ~; bergaji ~; 6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain: raja yg ~ lagi adil; 7. mempunyai kegiatan perniagaan yg meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (bkn syarikat, perusahaan, dsb): sebuah syarikat yg ~ di Malaysia; perusahaan yg ~; 8. menelan belanja yg banyak dan ramai bilangan jemputannya (bkn kenduri, majlis, sambutan, dsb): kenduri ~; 9. amat penting (bkn hajat, niat, tugas): mereka datang membawa hajat yg ~; 10. sukar diatasi: masalah ~ yg memeningkan kepala; ~ akal sl banyak akal, pandai; ~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh; ~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau; ~ hati a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; ~ kepala a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; ~ mulut banyak cakap, sombong; ~ panjang dewasa; ~ perut a) gelojoh, pelahap; b) hamil; ~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya; ~ pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan; besar-besaran = secara ~ 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; berbesar; ~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira); berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah; berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran; membesar 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; membesarkan 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil;memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; terbesar 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit;kebesaran 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;pembesaran 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; 2. Id ketua daerah (pejabat dll); 3. alat utk membesarkan sesuatu; ~ suara alat penguat suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusing | 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang | 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pikat II | sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambah | sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 menjadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tambah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tambah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tambahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
datang | 1. sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2. berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3. akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4. bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5. muncul; timbul: Setelah lama berfikir; ~ satu ilham di kepalanya. 6. diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1.setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2. kerap (sering) datang:Apabila ada masa lapang, ~ lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1. timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd masa itu, satu fikiran yg baik ~. 2. datang dr tempat lain:kaum yg ~. mendatangi 1. pergi menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2. datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb):Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3. menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1. membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman Barat. 2. mengakibatkan; menyebabkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. kedatangan 1. perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2. ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. | Kamus Pelajar |
bini | (kurang halus) isteri: ~nya yg pertama telah meninggal; ~ aji sl gundik raja; ~ gahara sl isteri yg sah; ~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yg tidak dikahwini); ~ muda isteri kedua (ketiga, keempat); hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan; bini-bini Br perempuan, wanita; bini-binian 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); berbinikan berkahwin dgn (bagi laki-laki); membinikan bersetubuh dgn: maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yg dikejarnya itu; memperbini menjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada; memperbinikan mengahwinkan: anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dgn anak orang kaya; pebinian Br isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
trickster | penipu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam sesebuah karya yang berfokus kepada penipuan atau watak yang banyak tipu muslihat. Watak penipu biasanya terdapat dalam sastera rakyat. Cerita Sang Kancil ialah contoh cerita penipu yang terkenal dalam budaya Melayu. Dlam cerita ini, watak kecil dan lemah biasanya dapat menipu watak kuat dan besar dengan menggunakan kepintaran akal. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
labai I | usus; ~ nyat usus besar; ~ umit usus kecil; da bei ~ ki tidak ada akal, tidak berakal; | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb bastanī( ىنتسب )besor‘at( تعرسب )basketbāl( لابتکسب )boshghāb( باقشب )boṭlān( نالطب )ba‘d, dīgar( رگيد ،دعب )ba‘daz, pas az( زا سپ ،زا دعب )baghghāl( لا ّ ـقب )goẕāshtan( نتشاذگ besar, agung kebesaran, keagungan tidak lama lagi katil tutup bungkusan tertutup aiskrim dengan cepat bola keranjang pinggan pembatalan berikutnya setelah pekedai runcit meletakkan big, great greatness soon bed to close parcel sorkh kardan-e ghazā( )saraṭān( ناطرس )sorfe( هفرس )ىقيرزت نزوس( جنرس )soronj [sūzan-e-tazrīghī[( )sarī‘, tond( دن ُ ـت ،عيرس )sarī‘usseyr( ري ّ سلا عيرس )sos( سس kepala, akal akhirnya tentera, askar megah, bangga sejuk arteri salur nadi menggoreng kanser, barah batuk picagari cepat ekspres sos head finally soldier proud cold artery to fry cancer cough syringe quick express
|
Kamus Sains.indb Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4. (MAT) absolute viscosity (kelikatan mutlak) Faktor bernombor yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu ben- dalir terhadap alirannya. Semakin besar rintangannya, semakin besar pula koefisiennya. Rintangan ini sama dengan daya ricihan yang dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang diteruskan dari suatu satah bendalir ke suatu satah selari yang lain (1 sentimeter
|
Kamus Thai 2.indb ด ้ วยหมอนใบเล็ก Wilai mengalas kepala suaminya yang sakit itu dengan bantal kecil. 2 menadah: ชาวอีสานใช ้ โอ ่ งใบใหญ ่ รองน ้ ำฝน Orang Ti mur Laut menggunakan tempayan besar untuk menadah air hujan. 3 (ตำแหน ่ ง) timbalan: ท ่ านเคยเป็นรองนายกรัฐมนตรี Be- liau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. รองท ้ อง [-t:] ก mengalas perut, melapik perut: ชาติชายรองท ประท ้ วงที่ ตากใบ Panglima Tentera Bahagian Empat bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan di Takbai. รับรอง [-r:ng] ก 1 memperakui: อาจารย ์ ใหญ ่ รับรองว ่ าฮารนเป็นนักเรียนที่ ดี Guru besar memperakui bahawa Harun memang murid yang baik. 2 menyam- but: รัฐบาลเตรียมรับรองผู ้ นำจากต ่ างประเทศ Kerajaan membuat persiapan untuk menyambut pemimpin asing. รับรัก [-rak] ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม
|
Kamus Thai 2.indb ่ วนของประโยค) objek กรรมกร [-k:n] น buruh กรรมการ [-ka:n] น 1 (คณะทำงาน) ahli jawatankuasa 2 (ผู ้ ตัดสิน) pengadil กรรมการผู ้ จัดการ [-ka:npu:catka:n] น pengurus besar กรรมพันธุ์ [-pan] น genetik กรรมวิธี [-wi ti:] น cara กรรมสิทธิ์ [-si t] น hak milik: บริษ ั ทน ั ้น ถือกรรมสิทธิ ์ ในที่ ดินแปลงนี้ Syarikat itu memegang hak bertubi-tubi: ชาวนา คนน ั ้ นใช ้ ไม ้ ไผ ่ กระหน ่ ำตีงูเห ่ าต ั วเขื่ องน ั ้ นจนตาย Pesawah memukul bertubi-tubi ular senduk yang besar itu sehingga mati dengan menggunakan buluh. กระหม ่ อม 1 [kram:m] น ubun-ubun กระหม ่ อม 2 [kram:m] ส (ชาย) patik กระหยิ ่ ม [krayi m |
Kamus Thai 2.indb bantk] ดู จด ² จดหมาย [-ma:y] น surat จดหมายลงทะเบียน [-ma:ylota- bian] น surat berdaftar จตุรัส [caturat] น segi empat sama จน¹ [con] ว miskin จนใจ [-cai] ก mati akal: ผมจนใจที่ จะหา ทางออกให ้ ป ั ญหาของคุณ Saya mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. = จนปัญญา จ จง จน Kamus Thai 2.indb 101 4/15/2008 11:05:43 AM จ 102 จนปัญญา [-panya:] ดู จนใจ จน 2 [con] ส
|
Kamus Thai 2.indb Pattani. 2 meng huraikan: นักเคมีจากออสเตรเลียได ้ บรรยาย สูตรเคมีชีวภาพ Ahli kimia Australia telah menghuraikan formula biokimia. บรรลัย [banlai] ก binasa, celaka, mus- nah: เมื่ อมหาอำนาจขัดกัน ชาติเล็ก ๆ ก็บรรลัย Apabila kuasa-kuasa besar dunia tidak seia-sekata, maka binasalah negara- negara kecil. บรรลุ [banlu] ก mencapai: รายได ้ ของ บริษัทในปีนี้ บรรลุเป ้ าที่ ตั้ งไว ้ Pendapatan syarikat pada tahun ini telah menca ran] น rumah kediaman บาป [ba:p] น 1 dosa: บาปของคนที่ เนรคุณ ต ่ อพ ่ อแม ่ นั้ นใหญ ่ หลวงนัก Dosa orang yang derhaka kepada ibu bapa sangat besar. ว 2 (ใจ) busuk: เขาเป็นคนใจบาป Dia berha- ti busuk. 3 (คิด) buruk: ผู ้ นำประเทศตะวันตก บางประเทศคิดบาปต ่ อประเทศกำลังพัฒนา Sesetengah pemimpin barat bersangka buruk terhadap negara-negara mem bangun. บาปกรรม |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar akal |
|
|