Kata |
Takrif |
Sumber |
bersurat | 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersurat | 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersurat | 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. | Kamus Pelajar |
bersurat | 1 ada suratnya; memakai surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. | Kamus Pelajar |
tulis | ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (mengarang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu bersurat | batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu bersurat | prasasti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu bersurat | batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prasasti | batu bersurat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
surat | bersurat | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
letter | by ~, secara bersurat: youll be informed by ~ of the boards decision, keputusan lembaga akan dimaklumkan kpd kamu secara bersurat; /keep, stick, etc/ to the ~, (of law, rule, etc) mematuhi perkara yg /termaktub, tertulis, tersurat/ (dlm undang-undang, peraturan, dll): they insisted on keeping to the ~ of the agreement and refused to compromise on any point, mereka berkeras utk mematuhi perkara yg tersurat dlm perjanjian itu dan enggan berkompromi ttg sebarang hal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
letter | by ~, secara bersurat: youll be informed by ~ of the boards decision, keputusan lembaga akan dimaklumkan kpd kamu secara bersurat; /keep, stick, etc/ to the ~, (of law, rule, etc) mematuhi perkara yg /termaktub, tertulis, tersurat/ (dlm undang-undang, peraturan, dll): they insisted on keeping to the ~ of the agreement and refused to compromise on any point, mereka berkeras utk mematuhi perkara yg tersurat dlm perjanjian itu dan enggan berkompromi ttg sebarang hal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
tablet | 3. slab of stone, wood, etc which is inscribed , batu bersurat: archaeologists discovered dozens of clay ~s in the cave, ahli-ahli arkeologi telah menjumpai berdozen-dozen batu bersurat drpd tanah liat di dlm gua itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
assign | ~ so. to, menugasi sso utk mengendalikan: he has been ~ed to a new case, dia telah ditugaskan utk mengendalikan kes baru; ~ st to, a. see vt (sense 2.); b. see vt (sense 3.); c. believe st to be the result of, mengatakan bahawa sst /berpunca drpd, disebabkan oleh/: the accident has been ~ed to a fault in one of the engines, kemalangan itu dikatakan berpunca drpd kerosakan dlm salah satu enjin itu; d. declare st to be the work of, mengatakan bahawa sst + approp v oleh: many experts ~ed the work to Tun Seri Lanang, beberapa banyak pakar mengatakan bahawa karya itu ditulis oleh Tun Seri Lanang; e. declare st to belong to (particular time) mengatakan bahawa sst + approp v /dlm, pd/: stone inscriptions ~ed to the seventh century, batu-batu bersurat yg dikatakan ditulis dlm kurun ketujuh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
codex | kodeks | Perpustakaan | Tiada | Manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku. |
codex | kodeks | Sejarah | Tiada | Manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku. |
palaegraphy | paleografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya. |
abklatsch | abklat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk mendapat salinan bacaan yang terdapat pada permukaan batu bersurat atau inskripsi. Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan. Pertama, dengan menggunakan kertas katella iaitu permukaan inskripsi yang telah dibersihkan akan ditekan dengan menggunakan kertas katella secara lembut sehingga tidak meninggalkan sebarang gelembung udara. Kaedah ini diulangi sebanyak enam hingga tujuh kali dengan setiap lapisan disirami air dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sehingga kertas tersebut mudah ditanggalkan. Kaedah kedua, dengan menggunakan getah sintetik. Permukaan tulisan dibersihkan dengan air dan dituangkan getah sintetik, kemudiannya dilapisi lagi sehingga tulisan boleh dibaca. Getah ini dibiarkan kering agar mudah ditanggalkan. Kaedah ketiga, dengan menggunakan pelekat. Bahan pelekat ini perlu dipastikan tidak mengandungi kapur agar tidak merosakkan permukaan inskripsi tersebut. Abklatsch berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang bermaksud abklat. Sinonim tekapan. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat |
calligraphy | kaligrafi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Seni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat. |
material culture | kebudayaan kebendaan (budaya benda) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Artifak yang ditinggalkan oleh manusia yang bersifat kebendaan, dibuat oleh manusia dan dapat disentuh. Kebudayaan ini secara tidak langsung memperlihat perkembangan budaya manusia dan melibatkan unsur kepercayaan, peralatan dan teknologi pembuatan. Peninggalan tersebut dapat dilihat seperti menhir, batu bersurat, monumen senjata dan seramik. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bersurat | [ber.su.rat] | برسورت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersurat |
|
|