Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
gas electrode | elektrod gas | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum. |
bucket tappet | tapet timba | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap. |
occlusal stop | hentian oklusi | Perubatan | Tiada | Bahagian dentur separa yang bersentuhan dengan permukaan oklusi gigi asal, yang memberi topangan vertikal kepada dentur. Sinonim: rest oklusi. |
valve face | muka injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian condong pada pangkal injap berbentuk cendawan yang bersentuhan dengan dudukan injap. Bahagian ini dicanai pada sudut tertentu untuk membentuk permukaan yang licin supaya sentuhan yang sempurna dapat dihasilkan. |
quench area | kawasan lindap-kejut | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kawasan dalam kebuk pembakaran yang berhampiran dan bersentuhan dengan dinding silinder yang lebih sejuk, menyebabkan pembakaran menjadi terencat dan tidak sempurna. |
base of support | tapak sokongan | Sains Sukan | Biomekanik | Kawasan yang terbentuk oleh jasad di antara titik yang bersentuhan dengan sesuatu permukaan. |
ambient temperature | suhu ambien | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Suhu medium seperti gas dan cecair yang mengelilingi dan bersentuhan dengan sistem atau radas. |
hydraulic valve lifter | pengangkat injap hidraulik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menggunakan tekanan hidraulik minyak enjin untuk melaraskan panjangnya dan menyebabkan peranti sen- tiasa bersentuhan dengan cuping sesondol atau rod penolak. Keadaan ini mengekalkan kelegaan injap sifar supaya hingar yang dijanakan oleh rangkaian injap tersebut berada pada tahap minimum. |
hydrogen electrode | elektrod hidrogen | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt. |
gasket cement | simen gasket | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gel cecair atau bahan pelekat yang digunakan untuk mengikat gasket dengan permukaan yang akan bersentuhan dengan permukaan lain. Bahan ini juga boleh digunakan terus untuk menjalankan fungsi gasket. |