Kata |
Takrif |
Sumber |
berlapik | memakai atau mempunyai lapik: Dia duduk di atas lantai yg tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlapik | mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar mengkuang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlapik | memakai atau mempunyai lapik: Dia duduk di atas lantai yg tidak ~. | Kamus Pelajar |
lapik | alas (tikar dll): ~ tilam itu baru saja ditukar. ~ kaki selipar (terompah dll). ~ perut makanan yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tiang alas tiang. berlapik memakai atau mempunyai lapik: Dia duduk di atas lantai yg tidak ~. berlapikkan ada sesuatu sbg lapik: Dia tidur ~ tikar usang. melapik memasang lapik pd atau memberi berlapik: Ibu ~ periuk dgn lekar. ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar. melapiki merupakan atau menjadi lapik pd: Lekar ~ periuk. melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik: Ibu ~ tikar di bawah tilam itu. pelapik sesuatu yg dijadikan lapik atau alas; pengalas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertilam | berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekari | memberi berlapik dgn lekar; melapik periuk, belanga dll dgn lekar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlandas | mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertilam | ada tilamnya; berlapik dgn tilam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beralas | memakai alas; berlapik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertilam | ada tilamnya; berlapik dgn tilam. | Kamus Pelajar |