Kata |
Takrif |
Sumber |
beredar | 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beredar | ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingi | 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkitar | berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingi | 1. berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2. menjelajahi:~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. | Kamus Pelajar |
kitar | berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi:Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll:Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar:Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. | Kamus Pelajar |
bentar | (béntar) Mn; berbentar berjalan berkeliling, berbegar, beredar; mengambil jalan ~ tidak mengikut jalan yg langsung (terus); membentari mengelilingi, mengedari: kuda itu lari ~ lapangan;memperbentarkan menyuruh berjalan (berlari) dlm lingkungan (kuda);perbentaran lingkungan tempat kuda berbentar (beredar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
edar | /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
edar | /édar/; beredar 1. berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2. berpindah-pindah drpd seorang ke seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3. berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4. berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1. menyampaikan surat dll drpd seorang ke seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2. mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1. hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2. perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4. perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1. alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2. orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar |
bintang beredar | bintang siarah, planet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
circulate | vi 1. flow, move in a circle or circuit, beredar: blood ~s through the body, darah beredar dlm badan; 2. (econ) beredar, berpusing: money ~s quickly in prosperous times, wang beredar dgn cepat pd zaman mewah; 3. be disseminated, tersebar: the rumour ~d quickly, khabar angin itu tersebar dgn cepat; 4. be sold or distributed, diedarkan: this magazine ~s only among businessmen, majalah ini diedarkan hanya di kalangan ahli-ahli perniagaan; 5. mingle, berkeliling dan menegur sapa: our host and hostess ~d amongst the guests, tuan rumah berkeliling dan menegur sapa di kalangan para tamu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cyclic | adj 1. recurring in cycles, berkitar, berpusing; (of seasons) beredar: ~ changes, perubahan yg berkitar; 2. (bot) berkitar: ~ flowers, bunga berkitar; 3. (math) kitaran: ~ figure, rajah kitaran; 4. (chem) siklik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earth | n 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ascending | adj 1. rising upwards, sedang naik: the ~ smoke drifted westward, asap yg sedang naik itu beredar ke barat; 2. sloping upwards, mendaki, memanjat, naik meninggi: an ~ footpath, jalan kecil yg mendaki; 3. (of plant) menaik, menjalar naik: an ~ stem,batang tumbuhan yg menaik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
adjourn | vi 1. suspend proceedings for later resumption, ditangguhkan, ditunda: Parliament has ~ed for the Hari Raya holidays, persidangan Parlimen telah ditangguhkan selama cuti Hari Raya; 2. end, berakhir: the meeting ~ed at 5.00 p.m., mesyuarat itu berakhir pd pukul 5.00 petang; 3. move or go elsewhere, beredar: the guests ~ed to the verandah, para tetamu beredar ke beranda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drift | ~ /away, off /, a. (of smoke, mist, cloud) be carried away slowly, berarak; b. (of people) move away slowly, approp v + perlahan-lahan: the crowd started to ~ away long before the game ended, para penonton mula beredar perlahan-lahan lama sebelum perlawanan itu berakhir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clear | 3. remove, a. (st that causes blockage, obstruction) membersihkan: he ~ed the blockage in the drain, dia membersihkan longkang yg tersumbat itu; they ~ed the snow from the road, mereka membersihkan jalan itu drpd salji; b. (people from a place) menyuruh [sso] beredar (dr tempat itu); (from building) menyuruh [sso] keluar (dr bangunan itu): the police ~ed everyone from the building due to a bomb threat, polis menyuruh orang ramai keluar dr bangunan itu krn ada ancaman bom; 4. make free, a. (of obstruction) membersihkan: use a suction pump to ~ the blocked pipe, gunakanlah pam sedut utk membersihkan paip yg tersumbat; a treatment recommended by doctors for ~ing sinuses, rawatan yg disyorkan oleh para doktor utk membersihkan saluran sinus; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
exhaust valve | injap ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang membuka laluan untuk membolehkan gas yang terbakar beredar keluar dari silinder semasa lejang ekzos. |
antibody | antibodi | Kejururawatan | Tiada | Sejenis protein darah khusus yang dihasilkan dalam tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap kehadiran antigen tertentu. Antibodi beredar dalam plasma darah untuk menyerang antigen dan menjadikannya tidak berbahaya. |
bypass valve | injap pintas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terdapat di dalam penapis minyak pelincir yang terbuka apabila penapis minyak tersumbat untuk membolehkan minyak terus beredar dalam bahagian enjin. |
full flow oil filter | penapis minyak aliran penuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penapis minyak yang menapis semua minyak dari pam minyak terlebih dahulu sebelum minyak tersebut beredar melalui lubang, kalung, dan galas di dalam enjin. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
berinut | beredar | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
berinut | beredar | - | - | - | - | - | - | Bajau |
raginut kami | beredar secara perlahan-lahan | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
edar | beredar baida; | kedayan | |
Kamus Sains.indb daripada matahari. Keca - hayaan ini bukan kerana saiz jisimnya tetapi kerana ketumpatannya. (FIZ) gill book (buku insang) Organ pernafasan menyerupai kuras buku seperti yang terdapat pada belang- kas (Xiphosura). Air beredar di celah-celah helaian buku ini. (BIO) gill cavity (ruang insang) Ruang yang mengandungi insang pada jasad buah agarik. (BIO) Girdlestoneʼs arthroplasty (artroplasti Girdlestone) Eksisi kepala dan leher tulang femur 506 7/8/08 11:49:56 AM 507 perididymis (perididimis) Lihat tunica albuginea. (BIO) peripheral arteriosclerosis (arteriosklerosis periferi) Arteriosklerosis pada bahagian ekstremiti. (UBAT) peripheral blood (darah periferi) Darah yang beredar jauh dari jantung atau darah daripada bahagian tubuh se- lain daripada jantung. (BIO) peripheral resistance (rintangan periferi) Rintangan kepada aliran darah dalam pembuluh darah kecil, terutama kapilari. (UBAT) peritoneal dialysis
|
Kamus Thai 2.indb ายทอดการประชุมสภาทางสถานีโทรทัศน ์ ช ่ อง 11 Kerajaan akan menyiarkan persidangan parlimen melalui tele visyen saluran 11. ถ ่ ายทุกข ์ [-tuk] ดู ถ ่ ายอุจจาระ ถ ่ ายเท [-te:] ก beredar, mengalir: อากาศในห ้ องนี้ ถ ่ ายเทได ้ ดี Udara dalam bilik ini dapat beredar dengan lan car. ถ ่ ายป ั สสาวะ [-patsa:wa] ก membuang air kecil: คนไข ้ เบาหวานถ ่ ายป ั สสาวะบ ่ อย Pesakit kencing manis kerap mem buang air
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
beredar | [be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
komet | comet | Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya. | Menengah Rendah |
planet | planet | Sebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang. | Menengah Rendah |
planet | planet | Objek angkasa lepas yang beredar mengelilingi matahari pada orbitnya. Contohnya, Zuhal dan Musytari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
orbit | orbit | Laluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asteroid | asteroid | Batuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar |
|
|