Kata |
Takrif |
Sumber |
bercadang | bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun hadapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercadang | mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercadang | bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negeri pd tahun hadapan. | Kamus Pelajar |
cadang | ; bercadang bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun hadapan. mencadangkan 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadangkan; pengusul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajun | bercadang, bermaksud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berura-ura | bercadang; bertujuan: Bapanya ~ hendak membeli rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berura-ura | bercadang; bertujuan: Bapanya ~ hendak membeli rumah. | Kamus Pelajar |
cadang | bercadang bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negeri pd tahun hadapan. mencadangkan 1. mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2. mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3. menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1. sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2. sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadangkan; pengusul. | Kamus Pelajar |
berkira-kira | 1 bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2 berfikir-fikir; menimbang: Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
exhibit | vi mengadakan pameran: the artist plans to ~ in several galleries, pelukis itu bercadang utk mengadakan pameran di beberapa balai seni; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
day-labourer | broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
endow | vt 1. provide (usu institution) with permanent income, membiayai:he plans to ~ an institute for medical research, dia bercadang utk membiayai institut penyelidikan perubatan; 2. (usu pass.) furnish (person) with qualities, dikurniai, dianugerahi: she is ~ed with beauty and brains, dia dikurniai kecantikan dan kecerdikan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blitz | n 1. intensive attack (usu from the air) serangan udara yg /bertubi-tubi, bertalu-talu/; 2. (colloq) intensive attack or concerted effort, [various translations]: I plan to have a ~ on the tall pile of laundry today, saya bercadang hendak mengerjakan timbunan kain-kain kotor itu hari ini; stiff competition among cigarette companies resulted in a ~ of advertisements, persaingan hebat antara syarikat-syarikat rokok mengakibatkan pasaran dibanjiri iklan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inquire | vt ask, menanyakan; (preceeding clause) bertanya: she did not even ~ the price, dia tdk menanyakan harga barang itu pun; to ~ the way to the National Park, menanyakan jalan ke Taman Negara; nobody thought to ~ how he got there, tdk siapa pun yg bertanya bagaimana dia sampai ke situ; he ~ed what I proposed to do next, dia bertanya apa yg saya bercadang hendak buat selepas itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
detain | vt 1. prevent from proceeding, a. (by so.), (act.) menahan; (pass.) tertahan, tersangkut: you should have ~ed her until I got home, kamu sepatutnya menahan dia sehingga saya pulang; I had planned to go to the concert but I was ~ed at work, saya bercadang utk menghadiri konsert itu tetapi saya tersangkut di pejabat; b. (by st), (act.) menyebabkan [sso] /tertahan, tersangkut/; (pass.) tertahan, tersangkut: the accident ~ed him for two hours, kemalangan itu menyebabkan dia tertahan di jalan selama dua jam; he was ~ed by heavy trafic, dia tersangkut krn kesesakan lalu lintas; 2. keep in custody, menahan: the police have ~ed several suspects, polis telah menahan beberapa orang yg disyaki. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
buy | ~ os out, (membayar wang) utk keluar dr: he paid a substantial amount of money to ~ himself out of the army, dia membayar sejumlah wang yg banyak utk keluar dr tentera; ~ so. out, a. (buy sos share of business) membeli saham sso; (buy sos share of property) membeli bahagian harta sso: he has enough money now to ~ his partner out, dia mempunyai wang yg cukup utk membeli saham rakan kongsinya; b. gain release from st by payment, (membayar wang) utk mengeluarkan sso dr: his parents are planning to ~ him out of the army, ibu bapanya bercadang membayar wang utk mengeluarkannya dr tentera; ~ st out, gain control of st by buying, membeli: he is rich enough to ~ out the estate, dia cukup kaya hingga dapat membeli seluruh ladang itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berkumbai buyu Ib | upacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya. | Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan berkumbai buyu semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bercadang | [ber.ca.dang] | برچادڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercadang |
|
|