Kata |
Takrif |
Sumber |
beradat | 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beradat | 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beradat | 1. mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2. mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar |
bersantap | bd makan, minum: ~ ia ~ beradat, dua suap ketiga sudah; Seri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari bersama pegawai-pegawai tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santap | = bersantap bd makan, minum: ~ ia ~ beradat, dua suap ketiga sudah; Seri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari bersama pegawai-pegawai tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedegong | Id ark keras kepala, tidak beradat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi air perantan | Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakapan | 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percakapan | 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakaian adat | pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ceremonious | adj 1. (of public function) penuh (adat) istiadat, beradat: a ~ reception, sambutan yg penuh adat istiadat; 2. (of person, manner) beradat: a ~ bow, tunduk hormat yg beradat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decorum | n kesopanan, ketertiban; have a sense of ~, tahu adat, beradat; have no sense of ~, tdk /tahu adat, beradat/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ceremony | stand on ~, beradat-adat, berasmi-rasmi; without ~, quickly and casually, tanpa banyak cerita: fuming, he pushed me into the car without much ~, dgn marah dia menolak saya ke dlm kereta tanpa banyak cerita. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
barbarian | n 1. (hist) orang /gasar, tdk bertamadun/; 2. uncouth person, orang yg tdk beradat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ceremony | n 1. ceremonial function, upacara, istiadat: to attend the inauguration ~, menghadiri upacara pelantikan itu; 2. all special rites, observances on particular occasions, adat istiadat, upacara: crowned with all due ~, telah dimahkotai dgn segala adat istiadat yg selayaknya; 3. formal politeness, beradat-adat, berasmi-rasmi: no necessity for ~ between friends, tdk perlu beradat-adat sesama kawan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
teromba | teromba | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
adat | beradat ba'adat; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
beradat | [be.ra.dat]/[ber.a.dat]/[ber.Öa.dat] | برعادت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradat |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
|