Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ansuran | instalment | Bayaran yang dibuat berperingkat-peringkat dalam suatu jangka masa tertentu untuk mengurangkan hutang. | Menengah Rendah |
upah | wage | Bayaran yang diterima atau dibayar untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan. | Sekolah Rendah |
bonus | bonus | Bayaran tambahan selain gaji atau faedah simpanan sebagai sagu hati. | Sekolah Rendah |
ansuran | installment | Bayaran yang dibuat sedikit demi sedikit untuk menyelesaikan hutang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kadar bunga | rate of interest | Kadar bayaran tambahan yang dikenakan pada pinjaman atau hutang. | Menengah Rendah |
deposit | deposit | Sejumlah wang yang diberikan sebagai bayaran permulaan ke atas pembelian barang atau harta. Deposit dikenali juga sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. | Sekolah Rendah |
faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |
faedah | interest | Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank. | Menengah Rendah |