Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
transposisi | transpose | Penyusunan semula baris-baris suatu matriks dalam bentuk lajur. Lihat Contoh | Menengah Atas |
matriks baris | row matrix | Matriks dengan hanya 1 baris. Contohnya, (3 5 1) | Menengah Atas |
baris | row | Susunan melintang dalam suatu jadual. Contohnya, 1, 2, 3 termasuk dalam baris pertama bagi jadual di bawah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
baris | row | Susunan mengufuk dalam suatu matriks. Lihat Contoh | Menengah Atas |
baris | row | Susunan nombor atau benda secara melintang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
matriks | matrix | Nombor yang disusun dalam m baris dan n lajur untuk membentuk susunan segi empat tepat. Matriks ini dikatakan matriks berperingkat m × n. Lihat Contoh | Menengah Atas |
tatasusunan | array | Susunan nombor secara bertertib dalam bentuk baris dan lajur. | Menengah Rendah |
jadual1 | table | Maklumat yang terdapat dalam bentuk lajur dan baris. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pepenjuru matriks | diagonal of matrix | Unsur-unsur bagi satu matriks segi empat sama yang kedudukan baris dan lajurnya sama. | Menengah Atas |
segi tiga Pascal | Pascal's triangle | Tatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajah | Menengah Atas |