Kata |
Takrif |
Sumber |
cengcong (céngcong) | banyak bicara, cerewet, tingkah; banyak ~ banyak olah (tingkah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak bicara | suka berleter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runding | 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan); pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-merunding hitung-menghitung, timbang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dgn tidak banyak kira bicara | dgn tidak banyak cakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira bicara | 1. tutur kata, cakap; dgn tidak banyak ~ dgn tidak banyak cakap; 2. berbincang, berunding: Samaun bukan orang yg boleh dibawa ~; berkira bicara bercakap, berbual, berbincang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkata-kata | bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal | 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak | 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): Sekarang kau dah ~ lemak.; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rewel | (réwél) Jw 1. ada-ada sahaja yg dikatakan (diminta dll), suka membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara): orang tua yg ~; tukang ~ orang yg banyak mulut (cakap); 2. susah mengerjakan dll sesuatu, tidak berjalan dgn lancar (mesin dll), berabai, recok; kerewelan perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
omong | 1. bp bahasa, bicara: ~ Jawa; ~ Melayu; 2. cakap, kecek: banyak ~; ~ kosong (melompong) cakap angin; 3. berkata, bercakap: suka ~ kotor; lagak Padang, ~ Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi; omong-omong, beromong-omong bercakap-cakap, berkata-kata; mengomong bercakap, berkata; mengomongkan memperkatakan, mengatakan; omongan bicara, cakap, kecek: ia ngeri mendengar ~ itu; jadi ~ orang jadi buah mulut orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
run-of-schedule | jadual bebas | Komunikasi | Korporat | Penyiaran dan penerbitan iklan di media elektronik dan media cetak pada sebarang masa mengikut budi bicara pihak media dalam tempoh yang telah dipersetujui oleh agensi pengiklanan. Dalam borang tempahan iklan, terdapat ruang yang membolehkan pihak pengiklan memilih tempoh masa dan waktu tertentu bagi menyiarkan iklan yang ditempah. Pendekatan ini memberikan faedah kepada pihak pengiklan kerana tidak perlu mengeluarkan wang tempahan ruang yang banyak. Kelemahannya pula ialah iklan mungkin disiarkan semasa jumlah khalayak yang menonton berkurangan atau disiarkan di ruang akhbar yang jarang diberi perhatian oleh pembaca. Pendekatan kaedah ini biasanya digunakan oleh syarikat kecil yang mempunyai peruntukan kewangan yang rendah. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kerapek I | cakap, bicara, kata, tutur; idak ~ banyak cakap. | Melanau Mukah | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sifer blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan digunakan oleh enjin gelintar untuk membantu mencari maklumat dalam Internet. Atur cara ini juga dihasilkan untuk membolehkan pengguna hasad mengimbas seluruh kandungan prasarana pengkomputeran organisasi tanpa perlu melakukan arahan yang banyak. atur cara tinkerbell (Ig. tinkerbell program; Br. atur cara tinkerbell; Id. program tinkerbell) Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti
|
Kamus Thai 2.indb า Mandur membahagikan kerja kepada anak buahnya sebelum memula kan kerja pada waktu pagi. 2 (เงิน) mem- belanjakan: ทำไมคุณต ้ องจ ่ ายเงินมากขนาดนั้ น Kenapa anda harus membelanjakan wang begitu banyak? 3 (กับข ้ าว) mem- beli: คุณแม ่ จ ่ ายกับข ้ าวที่ ตลาดทุก ๆ เช ้ า Ibu membeli lauk di pasar setiap pagi. 4 (หนี้ ) membayar: ฉันยังไม ่ ke negara-negara Arab menda pat sambutan yang hambar. จุ [cu] ก 1 muat: ห ้ องนี้ จุคนได ้ สี่ สิบคน Bi- lik ini muat empat puluh orang. ว 2 banyak: ชูชกชอบกินจุ Chuchok suka ma kan banyak. จุใจ [-cai] ว sepuas-puasnya: เด็ก ๆ ดูภาพยนตร ์ เรื่ องนั้ นอย ่ างจุใจ Budak-budak menonton filem itu sepuas-puasnya. จุก 1 [cuk
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak bicara |
|
|