Kata |
Takrif |
Sumber |
orang tengah | a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selang I | 1 waktu yg terdapat antara dua masa; antara (bkn tempat, peristiwa dll); lat: ~ beberapa bulan, kami pulang lagi ke kampung. 2 = selangan apa-apa yg terletak di antara dua benda: tanaman ~. berselang ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr rumahnya. menyelang 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kerana diselang dgn lawak jenaka dan nyanyian. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. menyelangi menjadikan sesuatu berselang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. menyelangkan meletakkan sesuatu supaya menjadi berselang. perselangan perihal atau perbuatan berselang: ~ antara terang dgn gelap yg biasa berlaku setiap hari mempunyai kesan yg menakjubkan terhadap kehidupan tumbuh-tumbuhan berbunga. penyelangan perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang | perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antara muka | ist 1 bahagian yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan. 2 perisian yg memudahkan komunikasi antara dua sistem. ~ pengguna grafik antara muka yg menggunakan ciri-ciri grafik utk menjadikan sesuatu komputer itu lebih mesra pengguna. pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dpt saling berhubung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jengkal | jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari lain yg direntangkan: ~ kelengkeng jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari kelengkeng; ~ manis jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari manis; ~ telunjuk jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari telunjuk. menjengkal mengukur dgn jengkal. ~ dada mengecilkan kebolehan (keberanian) orang lain. ~ muka menghina orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sela | 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonfrontasi | bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinkronisasi | penyelarasan antara dua perkara: ~ antara Kongres Ilmu Pengetahuan dgn penyusunan GBHN. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
apart | (when distance is specified) jaraknya antara satu dgn yg lain, jarak antara [n]; (modifying main v) berjauhan antara satu dgn yg lain, /dgn, dlm/ jarak; (modifying main v and distance specified) jaraknya antara satu dgn yg lain, dgn jarak: in the up-country districts the houses are usually far ~, rumah-rumah di daerah pedalaman biasanya berjauhan antara satu dgn yg lain; two points four centimetres ~, jarak empat sentimeter antara dua titik; the seedlings were planted wide ~, anak benih itu ditanam berjauhan antara satu dgn yg lain; holes dug six feet ~, lubang-lubang yg digali dgn jarak enam kaki; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
between | prep 1. at a point or in a region intermediate to, antara; (rel to place, location) di antara: ~ one and two kilograms, antara satu dan dua kilogram; ~ five and six p.m., antara pukul lima dan pukul enam petang; ~ 1914 and 1918, antara tahun 1914 dan 1918; ~ life and death, antara hidup dan mati; ~ youth and middle age, antara zaman remaja dgn pertengahan umur; she sat ~ her parents, dia duduk di antara ibu dan bapanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interface | n ruang hubung kait; (tech) antara muka: the ~ between science and art, ruang hubung kait antara sains dan kesusasteraan; ~ adapter, penyesuai antara muka; ~ card, kad antara muka; ~ processor, pemproses antara muka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
between | 6. (indic two or more alternatives) antara: a choice ~ pink and red, pilihan antara warna merah jambu dgn warna merah; choose ~ him and me, pilih antara dia dgn saya; 7. separating, distinguishing, antara: the difference ~ butter and margarine, perbezaan antara mentega dgn marjerin; the distinction ~ right and wrong, perbezaan antara yg betul dgn yg salah; 8. confined to, sesama: this is strictly ~ ourselves, ini adalah sesama kita sahaja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
among(st) | 5. in the group, number, etc specified, antara: he found the letter ~ some old photographs, dia menjumpai surat itu antara gambar-gambar lama; ~ his good qualities, antara sifat-sifatnya yg baik; one ~ hundreds of students, satu antara beratus-ratus pelajar; he numbered ~ the great men of his age, dia tergolong antara orang-orang terkemuka pd zamannya; reckoned ~ his best plays, dianggap antara drama-dramanya yg terbaik; 6. outstanding in the category of, contoh: a sculptor ~ sculptors, seorang pengukir contoh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
between | the Straits of Malacca lie ~ Malaysia and Sumatra, Selat Melaka terletak di antara Malaysia dgn Sumatera; 2. to and from, connecting, di antara: the train service ~ the two cities, perkhidmatan kereta api di antara dua bandar raya itu; the ships ply ~ Dover and Calais, kapal itu berlayar berulang alik di antara Dover dan Calais; 3. (indic relationship or reciprocal action) antara: a marriage ~ two famous personalities, perkahwinan antara dua orang tokoh yg terkenal; the football match ~ Spain and England, perlawanan bola sepak antara Sepanyol dgn England; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interpersonal | adj antara perorangan: ~ conflict, konflik antara perorangan; ~ relations, hubungan antara perorangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inter | - pref 1. between, among, antara: ~school sports, sukan antara sekolah; ~planetary travel, perjalanan antara planet; 2. mutually, saling: ~dependence, kesaling bergantungan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
between | 4. (indic sharing) antara: to divide the sweets ~ the two children, membahagikan gula-gula antara dua orang kanak-kanak itu; the food was shared ~ them, makanan itu dikongsi antara mereka; 5. in combination, sesama: ~ them they were able to finish the job quickly, sesama mereka kerja itu dapat disiapkan segera; ~ them they collected fifty dollars, sesama mereka, mereka dapat mengumpulkan lima puluh dolar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
between | adv also in ~, in an intermediate position, antara, di antaranya; (period of time) antara: Birch Road, Pudu Road and all the roads in ~, Jalan Birch, Jalan Pudu dan semua jalan di antaranya or antara kedua-dua jalan itu; he picks her up at seven, takes her home before midnight, but who knows what can happen in ~?, dia menjemput gadis itu pd pukul tujuh, menghantarnya pulang sebelum tengah malam, tetapi siapa tahu apa yg mungkin berlaku antara waktu itu?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
interface | antara muka | Perubatan | Tiada | Antara muka: Kawasan sentuhan antara dinding kaviti di gigi dan restorasi. |
mail application programming interface (MAPI) | antara muka pengaturcaraan aplikasi mel (MAPI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka pengaturcaraan yang membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan mel Microsoft. Antara muka ini merupakan sebahagian daripada seni bina perkhidmatan membuka Windows (WOSA) dan merupakan sebahagian daripada semua sistem pengendalian Windows. Antara muka ini merupakan satu set fungsi API dan sebagai antara muka OLE yang membenarkan pemesejan pelanggan berinteraksi dengan beberapa perkhidmatan mesej. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API). |
interface | antara muka | Kesenian | Tiada | Satu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu. |
neuro-electronic interface | antara muka neuroelektronik | Fizik | Nanoteknologi | Antara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual. |
nanoparticle | nanozarah | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Zarah bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer dengan lapisan antara muka di sekitarnya. Lapisan antara muka mungkin terdiri daripada ion logam, molekul organik dan tak organik dan sebagainya. |
hybrid | hibrid | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang terhasil daripada pembiakan kacukan antara dua spesies yang berbeza. Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan kadar tumbesaran yang cepat. Contohnya ikan kerapu hibrid yang terhasil daripada kacukan antara ikan kerapu kertang dengan ikan kerapu harimau. |
handshaking procedure | tatacara jabat tangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung. |
oil clearance | legaan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang sempit di antara galas dengan aci. Legaan minyak boleh didapati di antara galas utama dengan jurnal aci engkol dalam enjin. Legaan yang biasa digunakan ialah antara 0.025 mm hingga 0.076 mm. Minyak pelincir dipam ke dalam ruang ini untuk melincirkan putaran aci engkol. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
uyung | panggilan antara suami atau isteri setelah anak pertama mereka meninggal dunia | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
mun | bahagian di antara bawah pusat dan ari-ari | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
lemau | kawasan dalam antara dua beting pasir | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
rawas | bahagian di antara buku dengan buku (buluh, jari, tebu dll) | birawas | beruas mempunyai ruas | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
isai diko'o | siapa antara kamu | - | - | - | - | - | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
otieng | lurah, tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah. | biotieng | mempunyai lurah. | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
kupung | bahagian yang berotot antara siku dan tengah-tengah lengan | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
siku | siku, persendian di antara lengan atas dengan lengan bawah | nyiku | menyiku | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
inta | mengajak- merujuk percakapan antara dua orang sahaja | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
apang | celah kangkang (celah di antara dua pangkal paha, kelangkang) | ngapang | duduk terkangkang | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
antara I | antara (a) tempat di tengah-tengah dua benda atau lebih (orang dll): iya dudok ~ kami duai dia duduk antara kami berdua: tu ~ menoa ini sempadan; (b) waktu di tengah-tengah dua keadaan atau lebih: ~ maia nebas enggau nebang kami duai berikan waktu luang a | Iban | |
antara | tengah [tah]; perantara a masui dengah [a masuy deah] | Melanau Dalat | |
antara | orang perantaraan oang paantaan. | kedayan | |
antara | perantaraan paantaan; | kedayan | |
antara | ~ senja dan subuh antaak malamaik dan suboh; | kedayan | |
antara | antaak; | kedayan | |
antara II | janji atau jaminan yg dipersetujui antara pihak lelaki dan perempuan semasa perkahwinan; tanggungan. | Iban | |
sei I | daging; 1 isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ sapek daging lembu; ~ laip nyabuong daging lembusi; 2 isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buak dian iyen kapan ~siyen (uneksiyen) buah durian itu tebal isinya; | Melanau Mukah | |
baat | antara | TETAW | |
darjat | antara dua ~ antaak duak dajat; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagidsa-idsa Ir | majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik. | Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baat Tb | tiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah. | Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bungan Kh, Kn | kepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian). | Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini. | Anak Bangsawan Harimau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
barung MSb | parang. | Mereka berkesempatan membunuh Jepun. Ada di antara mereka itu yang cekap bermain barung dan pendekar pula, terang Kabau lagi. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pamiula Ir | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara pamiula atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sawa Ir | sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring. | Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong. | Bakokong dimain untuk hilang penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb هميب )bīnayī( ىيانيب ىيانيب بدا یب Kamus Parsi.indb 29 5/18/11 9:02 AM 30 untraceable incomparable between poor extremely widow in vain tidak dapat dikesan tiada bandingan antara miskin tersangat balu tidak berguna )bī neshon( ناشن ىب )bī naẓīr( ريظن ىب )beyn, mābeyn( نيبام ،نيب )bīnavā( اونيب )bī nahāyat( تياهن ىب )bīve( هويب )bīhūde( هدوهيب هدوهيب ناشن ىب jelow, pīsh( شيپ ،ولج رد یليصحت کردم ،هجرد )daraje, madrak-e taḥṣ īlī( maklumat, ilmu pelajar ilmuwan, sarjana bapa saudara, pak cik guru anak saudara perempuan pintu panjang baring di antara di depan darjah, ijazah knowledge student scholar uncle teacher niece door long to lie down in between in front degree یليصحت کردم ،هجرد شناد Kamus Parsi.indb 64 5/18
|
Kamus Sains.indb Lihat rosacea. (UBAT) acoelomate (aselomat) Haiwan metazoa yang tidak mempunyai selom sebenar, iaitu haiwan yang ti- dak mempunyai rongga tubuh yang nyata. (BIO) acoustic admittance ratio (nisbah admitans akustik) Nisbah antara admitans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic amplifier (amplifier akustik) Lihat acoustoelectric amplifier. (FIZ) acoustic board (bod akustik) Bod yang mempunyai ketumpatan rendah dan kadar serapan impedans akustik) Nisbah tekanan bunyi rencam pada permukaan dengan fluks bunyi yang melalui permukaan dan diukur dalam ohm akustik. Banding acoustic resistance. (FIZ) acoustic impedance ratio (nisbah impedans akustik) Nisbah antara impedans akustik cirian bagi satu medium dengan medium lain acne erythematosa acoustic impedance ratio Kamus Sains.indb 10 7/8/08 11:45:14 AM 11 yang nilainya berkadaran dengan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd RC2/RC4 algorithm; Br. algoritma RC2/ RC4; Id. algoritma RC2/RC4) Dua jenis algoritma penyulitan berbeza yang dihasilkan sebagai produk penyulitan. Algoritma RC2 ialah sifer blok yang menggunakan kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan tanpa wayar WEP. algoritma kriptografi algoritma RC2/RC4 Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 6 6/6/11
|
Kamus Thai 2.indb sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia dan Thailand, khususnya apabila melibatkan hubungan dua hala antara kedua- dua buah negara dalam bidang pendidikan. Saya percaya penerbitan kamus ini akan memberikan manfaat yang besar bagi para pelajar dan pengguna yang ingin mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Thai. Semoga kerjasama antara kedua-dua buah negara, khususnya dalam bidang pendidikan akan terus disemarakkan dengan kegiatan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan Kamus Thai-Melayu Dewan ini akan
|
Kamus Thai 2.indb hutan. ระยะ [raya] น jarak: ฉันเป็นนักวิ่ ง ระยะไกล Saya ialah seorang pelari ja- rak jauh. ระยะทาง [-ta:] น jarak: ระยะทาง ระหว ่ างสองเมืองนั้ นห ่ างกัน 42 กิโลเมตร Jarak antara kedua-dua bandar itu ialah 42 kilometer. ระยะยาว [-ya:w] น jangka panjang ระยะเวลา [-we:la:] น jangka masa: โครงการนั ้ นจะแล ้ วเสร็จในระยะเวลาหนึ่ งปี Pro- jek itu akan disiapkan mem- bawa diri: เมื่ อถูกขับออกจากวังพระธิดาก็ ระหกระเหินไปยังต ่ างเมือง Setelah di- halau keluar dari istana, Tuan Puteri pun membawa diri ke sebuah negara asing. ระหว ่ าง [rawa:] บ di antara: ธนาคาร นั้ นตั้ งอยู ่ ระหว ่ างร ้ านขายยากับร ้ านอาหาร Bank itu terletak di antara kedai ubat dengan kedai makan. ระหัด [rahat] น kincir ระเหย [rah:y] ก |
Kamus Thai 2.indb ง [-pε:] น undang-un- dang sivil: เขาทำผิดกฎหมายแพ ่ งมาตราที่ 49 Dia melakukan kesalahan mengikut undang-undang sivil Fasal 49. กฎหมายระหว ่ างประเทศ [-rawa:- pratet] น undang-undang antara- bangsa กฎหมายเลือกตั ้ ง [-lakta] น un- dang-undang pilihan raya: ผู ้ สม ั ครจะ ต ้ องปฏิบ ั ติตามกฎหมายเลือกต ั ้ง Calon pi- lihan raya mesti bertindak menurut k:rani:, karani:] น hal, perkara กรณีพิพาท [-pi pa:t] น perteling- kahan: กรณีพิพาทเรื่ องพรมแดนของท ั ้ งสอง ประเทศน ั ้ นทำให ้ เกิดสงครามในที่ สุด Perteling- kahan berkenaan sempadan antara dua buah negara itu akhirnya mence- tuskan peperangan. กรณีศึกษา [-sksa:] น kajian kes: น ั กศึกษาปีสุดท ้ ายของมหาวิทยาล ั ยน ั ้น กำล ั งทำวิจ ั ยกรณีศึกษาความยากจนของคน รูสะมิแล Pelajar tahun
|
Kamus Thai 2.indb comel: สาวน ้ อยคนนี้ หน ้ าตา จิ้ มลิ้ มมาก Wajah gadis ini comel sung guh. จิรัง [ci ra] ก berpanjangan, berterusan: ความส ั มพันธ ์ ของทั้ งสองประเทศจะจิรังตลอดไป Hubungan antara kedua-dua buah ne gara akan berpanjangan. = จีรัง จิ๋ ว [ci u] ว miniatur: เขาพาลูก ๆ ไปที่ พิพิธภัณฑ ์ ของจิ๋ ว Dia membawa anak-anaknya ke muzium barang miniatur mton] น titik permu- laan: การเสด็จเยือนกรุงสต็อกโฮล ์ มของรัชกาล ที่ 5เป็นจุดเริ่ มต ้ นของความส ั มพันธ ์ ระหว ่ าง ประเทศไทยกับสวีเดน Lawatan Raja Chu lalongkorn ke Stockholm merupakan titik permulaan hubungan antara negara Thai dengan Sweden. จุดศูนย ์ กลาง [-su:nkla:] น 1 (คณิตศาสตร ์ ) pusat diameter, titik tengah 2 pusat, te ngah-tengah: หอนาฬ ิ กาตั้ งอยู ่ ที่ จุดศูนย |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
antara | [an.ta.ra] | انتارا |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
antara | between | بين،مابين | beyn , mābeyn |
di antara | in between | دربين،درميان | da rbeyn , dar miyān |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
interaksi antara organisma hidup | interaction between living organisms | Perhubungan yang berlaku antara satu organisma dengan organisma lain dalam sesuatu habitat. Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz populasi dalam sesuatu ekosistem dan seterusnya mengekalkan ekosistem yang seimbang. | Menengah Rendah |
daya antara molekul | intermolecular force | Daya tarikan antara molekul-molekul. | Menengah Atas |
daya lekatan | adhesion force | Daya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem. | Menengah Atas |
sawat penyampai | conveyor belt | Tali atau rantai di antara gandar roda yang berpusing atau di antara takal. Tali ini berfungsi untuk menjalankan enjin atau menggerakkan sesuatu objek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ekosistem seimbang | balanced ecosystem | Ekosistem yang melibatkan interaksi secara harmoni antara organisma dengan organisma lain dan antara organisma dengan persekitaran. | Menengah Rendah |
kilat | lightning | Nyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya. | Menengah Rendah |
alas bebola | ball bearing | Alas antigeseran yang membolehkan gerakan bebas antara bahagian tetap dan bergerak menggunakan bebola yang terletak di antara lingkaran dalam dan luar. Alas bebola digunakan untuk mengurangkan geseran. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
julat antara kuartil | interquartile range | Julat antara kuartil pertama dengan kuartil ketiga bagi suatu set data. Julat ini merupakan satu cara untuk menghuraikan sebaran suatu set data. Lihat Contoh | Menengah Atas |
graf | graph | Gambar rajah yang menunjukkan hubungan antara dua atau lebih set nombor yang berkait antara satu sama lain. | Menengah Rendah |
garis selari | parallel lines | Garis lurus yang berada pada satah yang sama dan tidak bersilang antara satu sama lain. Jarak serenjang antara garis-garis selari sentiasa sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
isometri | isometry | Penjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajah | Menengah Atas |
ralat | error | Perbezaan antara nilai sebenar dengan ukuran sesuatu kuantiti, lazimnya dinyatakan sebagai ralat mutlak atau ralat relatif. | Menengah Atas |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44. | Menengah Atas |
kesamaan | equality | Hubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol (=). | Menengah Atas |
hubungan | relation | Perkaitan antara unsur daripada satu set dengan unsur daripada satu set lain dengan menggunakan peraturan tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
selang | interval | Jarak antara dua titik atau tempat. | Menengah Rendah |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
look | | tanah rendah di antara gunung/lurah | Kereta labu diom look. | Kereta jatuh ke dalam lurah. | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
badi badi | | bulu yg tumbuh antara mata dan telinga/bulu pipi | Badi badi ni boi no alis. | Bulu pipinya sudah dialis. | anggota tubuh badan | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
ambai-ambai | berkenaan kayu api, buah pinang dan lain-lain dalam keadaan di antara kering dengan basah | Kedah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara. |
|
Puisi |
---|
|
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.
Lihat selanjutnya... |
|