Kata |
Takrif |
Sumber |
anjuran | 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2. yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ialah ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar |
syor | cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran: cadangan atau ~ yg terbaik akan dikira menang; mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
porsetel | (porsetél) IB anjuran, cadangan, usul; memporsetelkan menganjurkan, mencadangkan, mengusulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuan | sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadangan | 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan sesuatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haah | ya (mengiakan kata, keterangan, atau anjuran orang): ~, betul; ~, memang dia yg salah; ~, marilah kita pergi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dapatlah diterima. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
proposal | n 1. act of proposing, cadangan, usul, saranan, anjuran: his ~ that the Union go on strike was rejected, cadangannya supaya pihak Kesatuan melancarkan mogok telah ditolak;2. st proposed or suggested, cadangan, usul, saranan, anjuran: the meeting voted against the ~, mesyuarat mengundi utk menolak cadangan itu; 3. offer of marriage, lamaran, pinangan: the girl accepted his ~, gadis itu menerima pinangannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
proposition | n 1. statement expressing opinion, assertion, kenyataan, saranan: I do not agree with the ~ that ..., saya tdk bersetuju dgn saranan bahawa ...; 2. an offer or arrangement suggested, etc, cadangan, usul, anjuran: hes always coming to me with strange ~s, dia selalu datang menemui saya dgn memberi cadangan yg pelik-pelik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
advocacy | perakuan; anjuran; rayuan; sokongan; saranan | Sejarah | Tiada | Hal-hal yang berkaitan dengan anjuran, rayuan, pembelaan atau saranan untuk menunjukkan sokongan dalam sesuatu isu. |
advocacy | perakuan; anjuran; rayuan; sokongan;, pengutaraan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
vertical organization | anjuran tegak | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
advocacy | perakuan; anjuran; rayuan; sokongan; kepeguaman | Undang-undang | Tiada | Tiada |
phase lead | anjuran fasa | Fizik | Mekanik | Suatu keadaan yang wujud apabila suatu gangguan berkala A melengkapi satu kitar, sementara gangguan kedua B melengkapi Y/2p daripada kitar tersebut. Dalam keadaan seperti itu B dikatakan menganjuri (mendahului) A dengan sudut fasa y. |
proclamation | proklamasi; pengisytiharan | Sejarah | Tiada | Pengisytiharan atau pengumuman yang diberitahu kepada umum atau anjuran tentang sesuatu hal. |
advocacy planning | perancangan pembelaan | Sosiologi | Tiada | Pendekatan sesuatu perancangan yang berbentuk rayuan, belaan atau anjuran. |
Bretton Woods | Bretton Woods | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Nama sebuah tempat di Washington, Amerika Syarikat, yang menjadi lokasi berlakunya Persidangan Bretton Woods anjuran Kuasa Berikat ketika Perang Dunia Kedua masih berlaku. Persidangan Bretton Woods bertujuan untuk mengatur dan mengawal hubungan kewangan dan ekonomi antara negara di dunia, walaupun skop asal perjanjian persidangan tersebut adalah untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan perdagangan dan kewangan Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan negara di rantau Eropah Barat. Bretton Woods penting kerana mempunyai kaitan dengan institusi-institusi ekonomi dunia, seperti Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. |
grapevine | khabar tak rasmi | Komunikasi | Korporat | Proses penyebaran maklumat yang berlaku secara tidak rasmi. Proses ini berlaku dalam pelbagai suasana, sama ada dalam suasana bekerja, santai seperti di bilik rehat, kelab golf, atau acara anjuran organisasi. Komunikasi ini berlaku apabila ahli organisasi mempunyai sesuatu maklumat yang perlu atau tidak sewajarnya dikongsi, tetapi dilakukan sebelum sesuatu kenyataan rasmi mengenainya dibuat. Contohnya, maklumat mengenai kenaikan pangkat seseorang atau penggantian penjawat sesuatu jawatan strategik yang terlebih dahulu tersebat dalam kalangan ahli organisasi. Maklumat ini boleh bersifat benar atau sebaliknya. |
drive-reduction theory | teori pengurangan-dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mengandaikan bahawa semua tingkah laku bermotivasi adalah berpunca daripada dorongan dan respons yang memenuhi tuntutan dorongan tersebut untuk diperteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila sesuatu rangsangan diikuti dengan pengurangan dorongan yang wujud apabila matlamat dorongan dicapai. Contohnya, kekurangan makanan boleh mengakibatkan rasa lapar yang akan menimbulkan suatu keadaan dorongan. Organisma atau individu tersebut akan berusaha untuk mengurangi dorongan itu dengan melakukan sesuatu, iaitu mencari makanan untuk memenuhi keperluannya. Teori pengurangan-dorongan ini diaplikasikan dalam kebanyakan teori pembelajaran anjuran Hull dan Thorndike. Dalam teori pelaziman klasik, prosedurnya banyak melibatkan teori ini. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
anjur | anjuran anjuran; | kedayan | |
anjur | anjuran bersama anjuan basamak. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
anjuran | [an.ju.ran] | انجورن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjuran |
|
|