Kata |
Takrif |
Sumber |
aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar |
aniaya | perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksaan | 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganiayai | melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mazlum | Ar, sl aniaya: banyaklah hamba Allah yg terbunuh dgn ~; termazlum teraniaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalimi | ark membuat aniaya kpd, berlaku tidak adil kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaniaya | Jw ark aniaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganiaya | , menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
frame | vt 1. provide with a frame, membingkaikan: to ~ a photograph, membingkaikan gambar; 2. serve as a frame, membingkaikan: long black hair ~d her face, rambut hitam yg panjang membingkaikan mukanya; stand ~d in the doorway, berdiri di ambang pintu; 3. compose, membuat, membentuk: the committee ~d a plan for dealing with the situation, jawatankuasa itu membuat rancangan utk mengendalikan keadaan; the law was ~ed to equalize the tax burden, undang-undang itu dibuat utk menyelaraskan beban cukai; he finds difficulty in framing his sentences properly, dia mendapati sukar utk membentuk ayat-ayatnya dgn betul; 4. (sl) put false charge against, (act.) buat aniaya pd; (pass.) kena aniaya: he was ~d for the murder, dia kena aniaya dituduh melakukan pembunuhan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
battered wife | aniaya isteri | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
spouse abuse | aniaya pasangan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
spouse abuse | aniaya pasangan | Kejururawatan | Tiada | Penderaan pasangan dengan tindakan kejam dan memudaratkan, yang salah di sisi undang-undang. |
tenancy at sufferance | penyewaan aniaya | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
leonine rhyme | sajak absara | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang rimanya terdapat atau terletak antara dua perkataan ataupun lebih dalam sesuatu baris. Ini dapat dilihat pada gurindam dua baris di bawah. Jangan mengata jangan mengeji Jangan aniaya bengis dan benci. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
aniaya | aniayak. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
aniaya | [a.nia.ya] | انياي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata aniaya |
|
|