Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
aliran darah | bloodstream | Pergerakan darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah suatu organisma. | Menengah Rendah |
injap | valve | Sebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan. | Menengah Rendah |
arus | current | Aliran cas elektrik yang diukur dengan unit ampere, A. | Menengah Rendah |
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
perintang | resistor | Komponen elektrik yang mengawal jumlah aliran arus elektrik dalam litar elektrik. | Menengah Rendah |
pemutus litar | circuit-breaker | Alat untuk menghentikan aliran arus elektrik akibat litar pintas atau kebocoran elektrik. | Menengah Rendah |
hidroelektrik | hydroelectric | Tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin yang memberikan tenaga kepada penjana. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rintangan | resistance | Keupayaan sesuatu bahan untuk mengehadkan atau menentang aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
perintang boleh ubah | variable resistor | Perintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen. | Menengah Rendah |
picagari | syringe | Alat untuk menyedut cecair dan mengeluarkannya dalam aliran yang kecil. Picagari digunakan bersama jarum untuk menyuntik cecair ke dalam badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |