Kata |
Takrif |
Sumber |
alatan | , peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autoklaf | bekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan utk mensterilkan alat-alatan perubatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
instalasi | IB 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alat I | 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh dijadikan ~ utk mejaya-kan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ; ~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk di-mainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~ kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara raja-raja; ~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan kekuasaan negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~ pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas, dakwat, dsb; beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat; mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera; mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat; memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya; alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
electronic | adj elektronik: ~ instrument, alatan elektronik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
air | vt 1. ventilate, menganginkan, mengudarakan: to ~ the room by opening all the windows, menganginkan bilik dgn membuka semua tingkap; 2. expose to air for drying, menganginkan: bedding should be thoroughly ~ed, alatan tempat tidur haruslah dianginkan dgn sempurna; 3. publicize, mengemukakan: she ~ed her views on a number of subjects, dia mengemukakan pendapatnya mengenai beberapa perkara; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
instrument | n 1. tool, alat; (a group of this) peralatan, alat-alat: surgical ~s, peralatan pembedahan; 2. object for producing musical sound, alat muzik; (used with modifier) alat: besides the guitar, he plays two other ~s, selain gitar, dia dapat memainkan dua alat muzik lain; the oboe is a wind ~, oboe ialah alat tiup; 3. measuring device, alatan: the pilot studied the panel of ~s, juruterbang itu merenung panel alatan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
displace | vt 1. remove from usual place, mengalih, memindahkan, mengubah tempat: many items had been ~d, banyak barang telah dialih; 2. expel from home, homeland, (act.) menyebabkan [sso] terpaksa berpindah; (pass.) terpaksa berpindah: thousands of people have been ~d by the war, beribu-ribu orang terpaksa berpindah akibat perang; ~d person, orang tdk bertempat; 3. replace, (act.) menggantikan; (pass.) berganti dgn: modern machines have ~d the peasants tools, mesin moden telah menggantikan alatan petani; the volunteers were ~d by regular soldiers, para sukarelawan telah berganti dgn askar biasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
null instrument | alatan nol | Kimia | Kimia Analisis | Alatan yang menunjukkan titik akhir atau titik imbang antara dua kesan. Contohnya galvanometer di dalam litar jambatan Wheatstone akan menunjukkan bacaan sifar apabila seimbang. |
instrumental error | ralat alatan | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang timbul daripada sebarang kecacatan yang terdapat pada alatan yang digunakan dalam analisis. Contohnya ralat yang timbul daripada penggunaan buret atau neraca analisis yang tidak betul tentukurannya. |
basic local alignment searching tool (BLAST) | alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Algoritma dan program yang membandingkan maklumat jujukan DNA dan protein untuk pencarian homolog. |
business intelligence | risikan bisnes | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik yang digunakan untuk mengenal pasti, mengekstrak, menyimpan, menganalisis data yang diperoleh daripada persekitaran organisasi bagi tujuan mendapatkan pengetahuan daripada hal ehwal sesebuah organisasi dengan menggabungkan seni bina sistem, alatan ekstrak, pangkalan data dan alatan analitik untuk membuat keputusan. |
electrodialyzer | elektrodialiser | Kimia | Kimia Analisis | Alatan yang digunakan untuk melakukan elektrodialisis. |
effusiometer | efusiometer | Kimia | Kimia Analisis | Alatan yang digunakan untuk menentukan berat molekul gas-gas daripada pengukuran efusi. |
mass spectrograph | spektrograf jisim | Kimia | Kimia Analisis | Alatan untuk memisahkan alur ion berdasarkan nisbah jisim terhadap cas. Pemisahan spesies dirakamkan oleh kertas fotografi. |
obselete medical device | peranti perubatan usang | Perubatan | Tiada | Alatan perubatan yang sudah ketinggalan dan tidak lagi digunakan atau dikeluarkan disebabkan oleh perubahan reka cipta atau evolusi teknologi. |
orphaned medical device | peranti perubatan yatim | Perubatan | Tiada | Alatan perubatan yang sudah jarang dihasilkan dan tidak disokong oleh pihak pengeluar atau pembekal disebabkan faktor kurang permintaan dan tidak lagi dipatenkan. |
mass spectroscope | spektroskop jisim | Kimia | Kimia Analisis | Nama umum bagi alatan spektrograf jisim dan spektrometer jisim. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
baran | rumah kecil tempat penduduk-penduduk kampung membuat alatan pertanian seperti parang, pisau, kapak dan senjata-senjata lain (rumah panjang) | - | - | - | - | - | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
alatan | pekekeh [pkakeh] | Melanau Dalat | |
ut | alatan | TETAW | |
Kamus Sains.indb dalam air, bersifat amfoterik dan wujud semula jadi sebagai korundum dan emeri. Sebatian ini diperoleh daripada pemanasan alu - minium hidroksida dan digunakan dalam pengeluaran aluminium, pembuatan pelelas, seramik, penebat elektrik, alatan makmal, pengalas relau dan mang - kin. (KIM) aluminium chloride treating (rawatan aluminium klorida) Proses apabila nafta yang dihasilkan daripada pemecahan berstim dirawat de- altricial aluminium chloride treating Kamus Sains.indb bumper) Sejenis bebalang yang merupakan sambungan yang boleh mengembang, yang bahagian atas alatannya boleh bergerak dalam arah menegak tanpa pergerakan bahagian bawahnya. Bebalang ini biasanya digunakan untuk melepaskan atau membebaskan alatan atau bahagian peralatan yang tersepit atau terlekat di dalam lubang telaga dengan cara memberikan hentaman yang kuat ke atas alatan atau bahagian berkenaan. (KEJ) bunch rot (busuk tandan) Penyakit berupa
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
alatan | [a.la.tan] | التن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |
besi | iron | Sejenis logam kelabu berkilat yang keras dan bersifat magnetik. Besi digunakan untuk membuat alatan dan membina bangunan. | Sekolah Rendah |
antiseptik | antiseptic | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit, luka dan alatan pembedahan. Contohnya, iodin, alkohol dan asid borik. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alatan |
|
|