Kata |
Takrif |
Sumber |
fail tercemar(corrupted file) | Fail komputer yang mengandungi data yang rosak dan sukar dipulihkan semula akibat perbuatan yang disengajakan, atau akibat kerosakan perkakasan komputer, atau akibat gangguan semasa penghantaran fail melalui rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
pendarcahaya | (Fiz) pancaran sinaran (oleh sesuatu jasad) akibat tindak balas kimia dll, bukannya akibat pemanasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawaan(carry) | 1. Isyarat atau fungsi yang terhasil akibat limpahan. 2. Nilai yang dimajukan ke tahap seterusnya akibat penambahan dua angka yang menghasilkan nombor yang lebih besar daripada yang boleh ditampung oleh kedudukan nombor. | Kamus Komputer |
akibat | hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akibat | hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. | Kamus Pelajar |
kejutan | sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keraksasaan | (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amputasi | ist pemotongan sebahagian anggota badan, spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk. mengamputasi memotong sebahagian anggota badan, spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancit II | menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana II | 1 kerana; oleh sebab: Tubuhnya kurus kering ~ menghisap dadah. 2 sesuatu yg berlaku (biasanya yg kurang baik atau yg buruk) akibat sesuatu kejadian, perbuatan dsb: Itulah ~ akibat ingkar perintah Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
catastrophic | adj /membawa, mendatangkan, menimbulkan/ bencana: ~ consequences, akibat-akibat yg membawa bencana. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
causality | n relationship of cause and effect, sebab akibat: law of ~, hukum sebab akibat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aftermath | n 1. consequences, akibat: the ~ of a nuclear explosion, akibat letupan nuklear; 2. aftergrass, taruk baru. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
consequent | adj following as a result, akibat langsung: the ~ loss in lives and property, kerugian nyawa dan harta benda yg merupakan akibat langsung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
consequent | ~ /on, upon/, (fml) akibat drpd: the rise in prices was ~ upon the shortage of raw materials, kenaikan harga ialah akibat drpd kekurangan bahan mentah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
causal | adj 1. of cause and effect, sebab (dan) akibat: a ~ connection, kaitan sebab akibat; 2. involving a cause, bersebab: a ~ condition, keadaan bersebab. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flood | ~ so. out, (usu pass.) a. make so. homeless by flooding, sso kehilangan rumah akibat banjir: many people were ~ed out last winter, ramai orang kehilangan rumah akibat banjir musim sejuk yg lalu; b. force so. to leave home because of flooding, sso terpaksa meninggalkan rumah: my parents were ~ed out for ten days in December, ibu bapa saya terpaksa meninggalkan rumah selama sepuluh hari bulan Disember lalu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bereave | vt (act. & pass.) kehilangan; (by death) kematian, kehilangan: the war ~d many families of their homes, banyak keluarga yg kehilangan rumah akibat peperangan itu; the accident ~d them of their only child, mereka kehilangan anak tunggal mereka akibat kemalangan itu; illness ~d them of their mother, mereka kematian ibu akibat penyakit; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drunken | adj 1. drunk, mabuk: the ~ sailor, kelasi yg mabuk; 2. caused by alcoholic intoxication, akibat mabuk: ~ stupor, keadaan hampir tdk sedar akibat mabuk; 3. characterized by drunkenness, (spt) orang mabuk: ~ manner, gaya orang mabuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impute | vt (fml); ~ st to, a. regard st as caused by, mengatakan [sst] /disebabkan (oleh), berlaku akibat/: they ~d the accident to the drivers negligence, mereka mengatakan emalangan itu berlaku akibat ecuaian drebar; b. regard st as being done by, mengatakan [sso] melakukan sst; c. regard st as being possessed by, mengatakan sso mempunyai sst: he ~s evil intentions to the protesters, dia mengatakan penunjuk-penunjuk perasaan itu mempunyai niat jahat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
trauma | trauma | Kejururawatan | Tiada | Kecederaan fizikal akibat sesuatu kemalangan atau gangguan mental akibat sesuatu pengalaman pahit. |
failure mode and effect analysis (FMEA) | analisis mod dan akibat kegagalan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah untuk menilai ragam dan akibat kegagalan komponen pada sistem yang berkait. |
livestock transit insurance | insurans transit ternakan | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat kematian atau kecacatan ternakan akibat kemalangan ketika dalam perjalanan melalui kereta api , lori atau apa juga bentuk pengangkutan. |
gangrene | gangren | Herba | Fitoterapi | Tisu mati atau nekrosis yang meluas akibat terputusnya bekalan darah ke bahagian tersebut. Gangren biasanya ialah komplikasi akibat proses jangkitan atau keradangan, kecederaan dan kemerosotan sesuatu penyakit kronik seperti kencing manis. |
bronchitis | bronkitis | Herba | Pemiawaian | Radang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra). |
pulmonary fibrosis | fibrosis pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Penebalan tisu perantara paru-paru akibat pembentukan parut yang menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan. Sering kali terjadi akibat inflamasi atau kecederaan. |
contusion | kontusi | Herba | Fitoterapi | Kecederaan pada bahagian dalam badan tanpa pecahnya kulit akibat hentaman benda yang tumpul. Kontusi menyebabkan perubahan warna kulit yang kelihatan seperti lebam akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah. |
chromosome bridge | jambatan kromosom | Biologi | Tiada | Jambatan yang terbentuk pada kromosom disentromer sewaktu anafasa akibat pemisahan dua sentromer ke kutub yang bertentangan. Bahagian ini selalunya terbentuk akibat songsangan kromosom parasentromer atau sebagai aberasi kromosom kesan aruhan sinaran dan akan menghasilkan juga keratan kromosom yang asentromer. |
apraxia | apraksia | Sains Sukan | Biomekanik | Kecelaruan untuk memprogramkan perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan pada sistem saraf pusat. Kecelaruan ini menyebabkan kegagalan untuk merancang dan melaksanakan satu tugas motor akibat kesukaran untuk mengkoordinasikan otot dan pergerakan. |
accident condition | keadaan kemalangan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa atau keadaan yang menyimpang daripada kendalian normal. Akibat peristiwa dan keadaan ini adalah lebih teruk daripada akibat kejadian kendalian dijangka. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
kesulangan | penyakit berulang akibat melanggar pantang | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
kakar | parit yang terbina akibat hakisan air hujan atau sungai | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
sangit | kesan pada bahan akibat algeri | - | - | - | - | - | - | Bajau |
koam | sejenis penyakit di mulut akibat panas | - | - | - | - | - | - | Bajau |
simbuar | keadaan air yang naik ke atas akibat tekanan dari bawah | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
kagkar | kawasan lubang yang terbentuk oleh air (arus/ombak) akibat daripada hadangan objek dalam sungai | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
implikasi | akibat [akibat]; nyadin [adin] | Melanau Dalat | |
akibat | akibat. | kedayan | |
akibat | nuden [udn] | Melanau Dalat | |
bai III | sbg akibat drp; (oleh) kerana: peredah iya patah nebang teras perdahnya patah akibat menebang kayu keras. | Iban | |
buyak | akibat | TETAW | |
bahana | akibat. | kedayan | |
baben | akibat drpd cabul kata atau perbuatan. | Melanau Mukah | |
awuih | haus akibat geseran dan kerap penggunaan (bkn benda menjadi nipis, longgar, dll): taya keritak wak ngak ~ genati jegem wak baou tayar kereta yg sudah haus digantikan dgn yg baru; | Melanau Mukah | |
selapid | sj penyakit akibat tersampuk. | Melanau Mukah | |
jelukeak | memuntahkan makanan akibat kekenyangan. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tedah MSr | Kasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya. | Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumbak Ib | perihal kulit yang terkopak atau terbuka besar akibat penyakit sopak atau terkena air panas. | Kemudian didapati ada sedikit calar pada badan Nara kerana cakaran kuku harimau tersebut. Calar itu kemudian semakin membesar, menjadi septik atau rumbak dan tidak boleh baik. Ini menyebabkan Nara tidak berkahwin sehingga mati tua. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedara Ib | suatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala). | Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pedera Ib | sejenis penyakit; pesakit akan merasa sakit kepala dan mual. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, penyakit ini akibat teguran daripada roh orang yang sudah meninggal. | Mungkin sakit pedera. Mari, saya cuba sembuhkan, kata Kemuja. Sakit pedera tidak seperti ini selama... Wak... wak... wak! Madu terasa hendak muntah. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popong Bd | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) dongeng. | Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empitu Ib | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna kelabu. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu chuik (tikus) dongeng. | Kumang menukar bentuk badannya sehingga menjadi sebesar telur burung empitu dan terus berguling masuk ke dalam lubang itu. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gilongung Bd | sungai kecil berbatu di kawasan pergunungan (daftar kata tempatan). | Batu pengasah daripada batu gilongung sebesar buah tembikai besar melengkung sedikit di tengah akibat sudah banyak digunakan. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
boton Tb | sejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi. | Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb ʻālem( مـ ِ لاع )ʻālam( مـ َ لاع )ʻālī( ىلاع )ʻālī, bālā( الاب ،ىلاع )ʻebādat( تدابع )ʻabd( دبع نتشذگ ،ندرکروبع )ʻobūr kardan, goẕashtan( )ʻajale( هلجع ahli ibadah adil, saksama pencinta akibat cerdik, pandai ahli sains, saintis dunia, alam cemerlang tinggi, atas beribadah ahli ibadah lewat tergesa-gesa worshipper just lover consequent wise scientist world excellent high worship worshipper to pass hurry
|
Kamus Sains.indb menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi sakit dan panas, yang kelihatan merah dan bengkak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit gout, reumatisme, gonorea atau trauma. (UBAT) acute gouty arthritis (artritis gout akut) Artritis akut yang terjadi akibat penyakit gout. (UBAT) acute rheumatic fever (demam reumatik akut) Penyakit yang punca utamanya infeksi streptokokus hemolisis yang dicirikan oleh demam, sengal-sengal pada sendi dan sering kali inflamasi jantung, nodul
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd program bangsat) Atur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti merakamkan aktiviti individu secara unik. Ciri ini Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 22 6/6/11 4:01:33 PM 23 cangkerang soket selamat (SSS) cap suara capaian baca capaian tulis terhasil akibat aliran udara melalui bentuk fizikal mulut, tekak dan rongga manusia yang berbeza. Nada suara yang dihasilkan boleh diwakilkan dalam bentuk formula matematik. Cap suara merupakan gabungan sampel rakaman nada suara
|
Kamus Thai 2.indb Kumpulan itu se- dang merosakkan perpaduan rakyat. บอบช้ำ [b:bcam] ว lebam: ร ่ างกาย นักมวยคนนั้ นบอบช ้ ำไปหมดเพราะถูกหมัดของ คู ่ ต ่ อสู ้ Seluruh badan petinju itu lebam akibat terkena tinju lawannya. บอบบาง [b:bba:] ว 1 lemah: ร ่ างกาย หญิงชราคนนั้ นบอบบางมาก Badan perem- puan tua itu sangat lemah. 2 getas, mubut: เก ้ าอี้ ไม ้ กำลังบั้ งปลา เพื่ อทอด Ibu sedang mengelar ikan un- tuk digoreng. บังกะโล [bakalo:] น banglo บังเกิด [bak:t] ก terjadi: โศกนาฏกรรม บังเกิดขึ้ นเนื่ องจากรักสามเส ้ า Tragedi itu ter- jadi akibat cinta tiga segi. บังคับ [bakap] น memaksa: ตำรวจบังคับ นักซิ่ งเหล ่ านั้ นให ้ หยุดขี่ จักรยานยนต ์ Polis me- maksa para pelumba haram itu supaya berhenti menunggang motosikal. บังคับใจ [-cai
|
Kamus Thai 2.indb e] น (tarian) ronggeng ร ่ องแร ่ ง [rrε] ว terkulai, terkele- pai: แขนของหนุ ่ มคนนั ้ นห ้ อยร ่ องแร ่ งเพราะ อุบัติเหตุ Tangan pemuda itu terkulai akibat kemalangan. รอด 1 [r:t] น rasuk รอด 2 [r:t] ดู รอดชีวิต รอดชีวิต [-ci:wit] ก terselamat: เขา รอดชีวิตมาได ้ ด ้ วยความช ่ วยเหลือของชาว ประมงคนหนึ่ ง Dia terselamat ้ เรือล ่ มห ้ าลำ Ribut menyebabkan lima buah bot ter- balik. ล ่ มจม [-com] ว papa kedana: เศรษฐีคนนั้ น ล ่ มจมเพราะการพนัน Orang kaya itu papa kedana akibat judi. ล ่ มสลาย [-sala:y] ก runtuh: ในที่ สุด อาณาจักรโรมันที่ ยิ่ งใหญ ่ ก็ล ่ มสลายลง Akhir nya Empayar Roman yang sangat be- ลด ล ่ ม Kamus Thai |
Kamus Thai 2.indb วนที่ จะร ั บ ตำแหน ่ งน ั ้น Dia berasa serba salah untuk menerima jawatan itu. กระอักเลือด [kraaklat] ก muntah darah: เขากระอ ั กเลือดเพราะถูกกระหน ่ ำตี Dia muntah darah akibat dipukul bertalu- talu. กรัง [kra] ว kering กราก [kra:k] ก 1 meluru: ชายแต ่ งเครื่ องแบบ คนน ั ้นกรากเข ้ าไปในห ้ องผู ้ จ ั ดการ Lelaki ber me- marahi: ประชาชนชาวอิร ั กโกรธทหารอเมริก ั น Rakyat Iraq memarahi tentera Amerika Syarikat. โกร ๋ น [kro:n] ว hampir gondol: เพราะ การทำไม ้ ซุงเขาลูกน ั ้ นจึงโกร ๋ น Akibat pem- balakan bukit itu hampir gondol. โกโรโกโส [ko:ro:ko:so:] ว cabuk, bu- ruk: รถโกโรโกโสของเขาขายไม ่ ออก Kereta cabuknya tidak laku dijual. โกลาหล [ko:la:hon] ว hiruk-pikuk
|
Kamus Thai 2.indb าวที่ ตะเพิด ตั้ ง Kamus Thai 2.indb 170 4/15/2008 11:06:28 AM ต 171 โน ้ มลงเพราะถูกฝนกลับตั ้ งชันเมื่ อได ้ รับแสงแดด Pokok padi yang melentur akibat terke na hujan tertegak semula setelah terbit matahari. ตั้ งราคา [-ra:ka:] ก menentukan harga แม ่ ค ้ าเหล ่ านั ้ นตั ้ งราคาสินค ้ าอย ่ างเหมาะสม งกลม [-taklom] ก mati bersa- ma-sama anak dalam kandungan ตายเป็นเบือ [-ba] ก mati bergelim- pangan: ชาวบ ้ านในหมู ่ บ ้ านนั้ นโดนระเบิด ตายเป็นเบือ Penduduk kampung itu mati bergelimpangan akibat terkena bom. ตายโหง [-ho:] ก mati sebelum ajal: ชายหนุ ่ มที่ ขี่ จักรยานยนต์คนนั้ นตายโหง Pe muda yang menunggang motosikal itu mati sebelum ajal. ตายอดตายอยาก [-ot-ya:k] ก kebu |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
akibat | [Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة |
akibah (akibat) | [Öa.ki.bah]/[a.ki.bah] | عاقبة |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penyesaran | succession | Proses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal. | Menengah Atas |
pertumbuhan | growth | Proses pertumbuhan berbalik yang melibatkan pertumbuhan sel akibat pertambahan bilangan sel dan tisu secara pembahagian sel atau akibat pembesaran saiz sel yang sedia ada. | Menengah Atas |
bronkitis | bronchitis | Radang yang terjadi pada salur bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
kesan | effect | Akibat atau hasil sesuatu kejadian atau tindakan. Contohnya, penyakit kanser peparu merupakan kesan daripada perbuatan merokok. | Sekolah Rendah |
layu | wilt | Keadaan tumbuhan akibat kehilangan air. | Menengah Atas |
goiter | goiter | Pembengkakan leher akibat pembesaran kelenjar tiroid yang disebabkan oleh kekurangan iodin dalam darah. | Menengah Atas |
letupan | explosion | Keadaan yang berlaku akibat pembebasan tenaga dengan cepat kerana tindak balas kimia. Contohnya, letupan bom. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sembelit | constipation | Kesukaran pengeluaran tinja akibat kekurangan pengambilan pelawas. | Menengah Atas |
kelembapan relatif | relative humidity | Kelembapan akibat tekanan wap air yang wujud pada atmosfera, diungkapkan sebagai peratusan tekanan wap air tertepu pada suhu yang sama. | Menengah Atas |
pengaglutinatan | agglutination | Proses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
akibat | consequence | Pernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi "Jika p, maka q", pernyataan q ialah akibat. | Menengah Atas |
antejadian | antecedent | Dalam implikasi "Jika p, maka q", pernyataan p ialah antejadian dan pernyataan q ialah akibat. | Menengah Atas |
implikasi | implication | Satu cadangan secara tidak langsung dalam penaakulan matematik. Tatatanda yang digunakan ialah =>. Contohnya, "Jika p ialah antejadian, q ialah akibat". | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat. |
|
|